LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 30, 2009

BAHASA KITA BILA DIGUNAKAN ORG BANGSA ASING

AKU dpt mende alah ni dr email kiriman seorg kawan. Cuba nengok :-P


Bole paham ke???kalu tak paham, kena col la number tu..he3...

* M.G.Mama (Mee goreng mamak)

*Tullo Mastha (Telur Mata)

*Cisu Nan (Cheese Nan)


Aku senyum sorang2 je bila nengok makna di sebalik tiap2 perkataan yg ditulis itu...Malaysia ku dah jadi carcamerba...mcm2 ada...

:-)

BARANG2 BERKAITAN CD

Berbekalkan ilmu hasil dr skodeng blog org, aku beli la mende alah ni.

1) Sabun Pureen Had (800gram)
- (Harga dlm RM17.90-RM18.90 camtu, nengok tmpt la, aku beli kat Sogo, tu mahai skit kot..beza pun dlm RM1-2 je kot)
bagus utk kulit bb yg sensitif, bole la guna basuh baju & Cd si payish.

Bila dah beli sabun tu beli skali pencuci utk botol susu, puting & brgn seangkatan dgnnya.

3) Tripod Hanger
-OTW beli kat blog Pn. Yatie

4) Penyepit baju -nak kepit Cd2 payish (dah lama ilang sejak aku guna dryer, hu3)
huh semangat mama!

CD Pilihan Daku...

Aku beli CD nih dr 4 kedai online berbeza. Mmg bes setiap kali dpt cuba brand baru, sbb dpt new experience.
Kat bawah ni picture koleksi CD yg ada...layannnnnnnnnnnnnnn.......

Nih la jenis CD dlm pemerhatian&penilaian daku- disertakan skali blog kedai2 CD online tsbt
1) CD Shinies (2 pieces)

2) CD My Babyland (1 piece)
3) Cd Coolababy (2 pieces)

4) CD Mybaby (2 pieces)


Semua cni ni aku dah guna kecuali shinies sbb baru dpt & masih prewash lagi...nanti aku update xperience guna CD2 nih...aku beli 1/2 keping setiap brand utk nengOk kesesuaian ngan si Payish nih...

Monday, June 29, 2009

CD, oh CD.........


Langkah2 yg telah diambil utk pakaikan Cloth Diaper (CD) kat payish:

1) Survey CD yg ditawarkan dgn harga paling best & menepati kehendak aku
2) Membeli 4 brand CD utk payish
2) Mencuba setiap jenama yg ada (skrg otw....hushhhhhhhhhhhhhh...mcm2 experience)
3) Mengkaji keberkesanan setiap CD, penjagaan yg betul, punca-punca kebocoran
4) Menjelajah ke setiap blog kengkawan yg ada info CD, pengalaman diorg, idea2 yg ada, makin aku kaji makin, makin, makin........errrrr...terlalu byk info hingga aku jd mcm pic kat bawah nie


Nota kaki utk payish: Mama sanggup jadi benggOng sekejap utk anak mama yg mama kasihi..hu3...cayang payish.


Tuesday, June 23, 2009

JIRAN2 YG PELBAGAI RAGAM


Hai kawan2...mama payish rasa mcm dOk umah zaman P.ramlee,citer seniman bujang lapOk.yg mana 3 sahabat tak dpt menghafal skrip krn kerenah jiran2 disekelilinnya.
Al-kisah,pengalaman tu dah mama payish rasai sendiri.aduhai tersangat la indahnya sampai rasa nak nyorok bawah meja je,hu3.

Jiran Depan 1:
telah 2 kali di tangkap Oleh penduduk p'sapuri nih krn disyaki berkhalwat, dah diantar ke balai pOlis pun.telah berkali2 dinasihati oleh penduduk ttp tetap keras kepala.mmg jenis yg takkan berubah,siap sound mama payish yg mereka takkan pindah & takkan peduli apa yg org nak cakap..letih mama menanggung rasa berdosa membiar maksiat didepan mata...rupenya blok aku ni byk mata2,akhirnya dpt gak tangkap mereka ttp ibarat mencurah air di daun keladi....risaunya masa depan anak2 ku kelak..hu3

Jiran Atas:
2 org bujang (perempuan) yg membela 2 ekoR kucing yg diletakkan di dalam sangkar.tiap2 malam,terpaksa tadah telinga mendengar kucing bergaduh.terpaksa jua menahan idung dengan bau2annya menusuk ke segenap ruang dapur & bilik kedua rumahku.kerapkali bau singgah bila ujan turun.apabila ditegur,makin menjadi dimana bilangan kucing bkn berkurang ttp telah ditambah menjadi 4 ekor!!geram sungguh.kotak yg aku maksudkan itu sebenarnya dipasang bg tujuan mengantung baju ttp mereka2 itu terlalu kreatif sehingga menjadikannya tempat pemeliharaan kucing.sungguh kreatif org msia nih.biarla,kacauganggu di dunia hanya sementara,bergantung la pd niat mereka yg terlibat masing2.mama payish dah malas nak kata apa...biar Tuhan menentukan segalanya(dah give up sgt)

Jiran Depan 2:
didiami oleh lakibini yg jarang ada umah.minggu lepas umah mereka telah dipecahmasuk.tengahari pun org berani nak pecah masuk.tetapi cubaan gagal krn penyamun menyedari yg line tak clear sbb ada je penduduk kebetulan kuar umh....hanya dpt pecah umah,tp tak sempat amik pe2 brg&jiran tsbt fobia,skrg ada 3 mangga, 2 atas, satu kat bwh...grill mereka pun dah di upgrade ngan ciri2 keselamatan tambahan.

Jiran Sebelah kiri:
dlu didiami oleh lakibini yg mempunyai ramai anak ttp mereka telah berpindah.masuk jiran baru yg selalu bergaduh pagi2..siap ada drama2 lagi..hu3..tp bila berselisih tak penah nak senyum,agaknya segan kot,mama payish tak kisah la sbb org dah tak mau nak berjiran takkan nak paksa2...selalu dengar bb nangis..cian bb tu,diapun tak selesa kot mak ayah slalu gado..jauhkan la...hu3

Jiran2 lain stakat ni ok,tp mama payish pun orgnya bekerja,tak dak la dok umah 24jam,so kenai2 mana yg rapat je la...yg paling rapat pun baby sitter payish yg dok satu floor ngan mama payish,slalu info psl persatuan penduduk pun taw dr dia.

Dlu awal2 dOk cni mmg mama fObia.masa bujang & baru kawin dok kat apartment,suasananya amat la berlainan....tp disebabkan rasa sayang nak byr RM600++sebulan,mama pujuk abah utk beli flat kat cni..bila jd mcm ni abah tak mau kOmen...dlu dia suh sabar dlu,tp mama terketaq2 sgt nak beli umh ni...so tak ble nak komplen byk..hu3...yela..mentaliti ni berbeza,cara hidup pOn berbeza...mama bkn tak mau beli umah yg selesa skit tp jauh kat sudut ati ni nak balik kpg,cari kije tak dpt2 lagi.....kalu takat beli flat, bole simpan sbg invesment....teringin nak beli umah bertanah kat kpg tu....kat KL ni harga umah mau taw la..


Nota Kaki: Sapa2 yg nak beli umah, nak check Market Value, ble la tanya Mama Payish yek..pastu ble la wat Valuation kat company mama payish kije ni. (Boss,naikkan gajiku sbb dah promote kat blog ku ini).. :-)

JALAN2 HUJUNG MINGGU


ari sabtu baru nie aku tak ke mana-mana, memerap je kat umah ngan payish sbb hubby ada kije.so ari ahad tu, mama nengOk payish dah gelisah, taw la mama yg payish nak jalan,busan dok umah (mama dia pun sama,he3).

So abah ajak gie Bukit bintang..ala, mama tak minat la tempat camtu.so,tukar plan,gie Central Market(CM).ush,dah lain sgt CM ni.time cintancintOn ngan abah dlu,rajin la gie cni(mengingatkan mama kisah kasut abah ilang masa semayang kat surau CM,he3)...
Olh krn byk barangan kesenian yg berwarna-warni,maka amatlah terujanya si payish ni.tak senang duduk,kepala ke kanan, ke kiri, ke atas(tgk lampu).


abah berenti kat depan kedai gambar,cuci 4 keping pic payish.cumel pic anak mama(sapa lagi nak puji kan..he3). Adik2 yg tengah nunggu nak cuci pic tu cbuk dok agah payish.apa lagi, tersenyum ala macho (kening terangkat, mcm kening shin chan!)...

payish ni pantang awek senyum, asal nama perempuan, mudah je nak senyum manja...tp kalu sama jantina ngan dia, ble buat muka blur!!huh, ada gaya2 Shin chan nih, jgn2 penangan sbb mama suka nengOk kartun tu masa peknen dlu, hu3...

Kat CM, mama jejalan cuci mata je, pastu makan kat food court kat tingkat 1.ush, dh upgrade, dasyhat, dlu sempOi2 ja..skrg bkn main teratur&cantik tertarik. kat bwh ni mama upload pic suasana kat CM...


pas makan2 mesti nak jalan lagi, sO mama ajak abah gi Petaling Street..tp abah mcm tak berapa hapi.dia kata brg sana mahai.mama just nak cuci mata je.abah setuju.ush,lawa sungguh beg kat ctu,rambang mata mama.nasib baik tak gaji lagi,kalu tak mmg dah nak rembat beg kat ctu.tp itu la, nak kena pandai tawar menawar,tp sbb tak confirm nak beli,tak berani la mama nak deal,kang tak pasai kena tarik tangan bila tak jadi beli(sbb kwn mama penah kena,dpn mata mama,hu3).


Masa jenjalan tu mama tak perasan si payish ni tangan dia cepat je mencapai, alih2 dia tarik rambut Minah Salleh kat ctu.agaknya dia geram kot tgk rambut kaler kuning tu.terkezut aku.Nasib baik la minah salleh tu tak marah, dia nengOk payish pastu cakap "U like my hair?"...terkebil2 payish...hah padan muka,buat nakal lagie..he3




Tgk tu muka payish, mata membulat je nengok nkiri kanan..ha3

hah, betul la si payish ni suka gurl, amOi2 tu lambai2 kat dia, ble dia babai balik!bila ah chong agah dia ble buat muka tak bersalah!!abah senyum je nengOk gelagat payish. he3...bila dah nak masuk 7 bulan nie,mama perasan payish dah pandai buat perkara2 kat bwh nie:


1) Pandai bai bai
2) Tepuk - Give Me 5
3) Genggam- tutup and buka tangan bila org nyanyi Cak Cekok Udang Gamit


Perkara2 kat atas nie dia pandai buat bila balik dr KPG aritu, mak tOk dia la ajar..hu3..yg abah lagi la, ajar payish buat bunyi2an...kempiskan pipi & bunyi upmah..tp benda ni sekali sekala je dia nak buat..

apa mama ajar..he3...mama cuma taw membebel & bagi pesanan penaja kat payish.setap kali nak antar dia kat bb sister, mesti cakap,

"Payish, arini jgn buat perangai taw,nanti org tak suka..behave taw!"

itulah pesanan penaja mama tiap2 pagi kat dia..he3(mcm la dia paham).tp alhamdulilah,sepanjang bawa dia umah org/org dtg umh mmg dia berkelakuan baik la.tp bila ngan mama&abah je..jengx3...sendiri mau taw la..ha3..SEKIAN...


Friday, June 19, 2009

Cloth Diapers

Seorang kawan aku bertanyakan samaada aku nak guna CD...dalam ati CD citer ke?ubat cuci kasi CD tak calar ke?mcm2 la dlm pikiran..tp sbb aku ber ym ngan dia dan kebetulan kesuntukan masa, aku biar persoalan tu mcm tu je.

Hinggalah satu aritu, aku bertanyakan mgenai CD tu balik..O, rupenya CD tu singkatan utk cloth diaper @ dalam bahasa kita LAMPIN KAIN cuma dah upgrade jadi LAMPIN MODEN.


setakat ni mama payish dah order 7 CD pelbagai jenis - 2 dah dapat, masih menunggu 5 CD lagi..nanti mama payish upload pic & citer pengalaman pertama pakaikan payish ngan CD nih...tungguuuuuuuuu




MENGAPA MAMA PAYISH NAK START GUNA CD NIH


10 sebab yang paling utama ialah :

1. Pakai kain Cotton. Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.


2. Tahu tak bgmn Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Baiklah, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi.


3. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara. Seorg bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu?? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.


4. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan kain lampin sbbnya bila dah basah, anak kita pun tak selesa lagi..


5. Kain lampin sangat menjimatkan!! Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (cara mereka menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.


6. Senang utk digunakan. Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!!


7. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'.


8. Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.


9. Anak2 belajar dari pemerhatian dan peniruan. Anda tunjukkan contoh yg baik tentang cara2 mengurus sampah dgn baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan ikut jg kerana telah didik begitu!!dan yg terakhir sekali...


10. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).



KAT BWH NIE INFO YG MAMA DPT PASAL JENIS-JENIS CLOTH DIAPERS,




Tuesday, June 16, 2009

Aktiviti Pengubat Ati Bila Anak Tiada di sisi...

Payish ada dgn Mak TOk Dr ari Selasa lepas hingga la Ahad baru nie. mak tOk janji nak antar jumaat tp ujung minggu lepas baru dpt jmpa Payish.

JUMAAT:
Oleh sbb busan sgt, ari jumaat lepas kije, abah bawa mama gie makan kat Restoran
My Mom's Chicken Rice (Linda Onn nyer tu). segan plak mama nak amik gambar, tp kat cni mama attach resit makan kat ctu. bkn pe, kat ctu ada menu yg mama & abah order. bOle la cuba yek menu tu. mmg sedap nasi ayam Cik Linda Onn popular nie. bkn sekadar pada nama je la, rasanye mmg ok. Mama & abah berhajat nak bawa mak TOk mamam kat cnie. Insyallah. Sesape nak cuba rasa, bOle la pegi..tp kalu time kOrang gie tu, jgn la marah mama payish jika kesedapannya tak spt yang dibayangkan ..tapi personally mama payish bOle bagi 4 from 5 stars la...


Sebelum tu, mama gie Ampang pOint, survey legging utk payish. Cari kat Mom's Care spt yg disarankan Oleh ibu Ariffa dlm blOgnya..cantik legging kat ctu tp byk pilihan utk gugurl..design utk boboi skit je (mama terlupa yg anak ibu arifa gurl, tu sbb dia sarankan gie cna, he3). so mama jejalan la pusing2 dalam ampang pOint tu, jmpa kedai Brands Outlet. Kat ctu byk jual baju branded cth Baby Gap. mata mama dah berkenan legging belang2, trus sambar RM16.90 sehelai. tp tak berkesempatan pakaikan payish sbb dia demam ari ahad tu...demam rindu la tu..he3..mgkn sbb nak beralih bulan kot. sO far payish tak penah demam lagi, pas injectiOn slalunya kepala dia panas skit,pas tuam tak lama tu ilang panas. tu sbb mama & abah gabra je bila payish demam..cian tgk dia..nasib baik dia tak banyak meragam..cuma nak kita dOk dekat dia, layan dia sepenuhnya...

SABTU:
Mama & abah gie Selayang Mall. Memula gie karaOke bOx. Dpt la lepas geram nyanyi 3 lagu sOrang. Suara? mmg sumbangsih lah..he3..tp masa nyanyi ati dOk ingat payish..dlm kete tak tahan sgt , trus nangis, tp nasib baik abah tak nampak, lagipun mama selsema, so bOle la cover. bkn pe, nanti mama kena peleceh ngan abah. dia kata, nengOk la nanti sapa yg tingat payish. mama ingat bOle tahan, rupenya mama yg berambu air mata..iye la mana ada ibu yg sanggup berpisah ngan anak walau seketika..hu3....tak kuat mama payish nie...


Pas karaOke abah tanya mama, nak nengOk wayang tak?kebetulan dah lama mama tak tgk wayang dah. dlu dekat 2 tahun setengah kawin tak dpt bb lagi, sO time tu mmg selalu nengOk wayang. Oleh krn mama minat citer melayu, maka abah kena ngikut la walau hakikatnya abah suka citer Omputeh(:-). Citer mama tgk?taraaaaaaaaaa.....Jangan Pandang Belakang Congkak. Mama bagi 3 stars la. bOle la gelak2, lawak gak la....nengOk wayang kul 9.20 mlm...pas tu balik umah, lengang je...penangan hilang anak..hu3..sepi umah ku...


AHAD:
Mama & ABAH melawat Pak Ngah (abg husband aku) yg baru dpt bb. Cumel, nama Nur Arissa Damia. Payish dpt sepupu lagi.
Ptg tu amik payish kat Tanjung Malim kul 6.00 ptg...malam sampai umah tu baru perasan Payish tak berapa sihat..mama & abah cium payish puas2..rindu...


MORAL dr citer ini: Jangan tinggal anak anda di kampung (walau hajat dihati hanya untuk seketika),
nanti badan anda aje di sini tetapi ati anda dah lama melayang di Kampung...hu3..serik dah..
sekian

Friday, June 12, 2009

AWARD & TAG DR Puan Kem

Terlebih dulu, toce to Pn. Akma sbb rajin Tag aku nih...kalu tak sunyi la blog aku nie...he3...
K...ini jawapannya yeh

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

1. Baik Ati

2. Lembut/Slow (he3, jgn marah yek kem)

3. Suker tag akuuuuu..
(aku pun suka, cuma kalu lmbt buat tu jgn marah yek, he3)

4. Suke tlg aku masa sek dlu merangkap guru matematik & guru KH
(aku ni lemah subjek mate, hu3)

5. Minat aktiviti perempuan melayu terakhir, spt menjahit
(dia tlg jahitkan sarung tabung aku, subjek KH), menyulam
(dia ajar gak, tp tangan aku keras), minat aktiviti memasak.

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

1. Nampak garang, sombong, tp kalu dah kenai kamcing giler

2. Peminat fanatik zaman kegemilangan KRU (skrg peminat Upin & Ipin, ha3)

3. Banyak cakap

4. Tak bole bendung perasaan kalu tak suka seseorang, muka akan berubah, tindakan dingin spontan (jujur tentang sifat burukku, hu3)

5. Terlalu menyayangi adik2, sanggup susah(mgkn sbb aku sulung) tp tak mau diorang susah
(but at the same time aku nak juga mereka berdikari agar kuat bila ditimpa kesusahan.

6. Suke cite Melayu gak (tiru kem :-)

7. Suke jalan2 (anak aku pun dah mengikut jejak bertapak, nak berjalan je kije)

8. Hobi suke membaca, paling suka majalah mingguan wanita.

9. Mempunyai minat yg berubah2 & bermusim, cth minat Pinggan Lama, Pinggan Modern, Kristal, Tupperware & yg terbaru minat kumpul kerongsang...

10. Kalu nak satu2 benda tak ble sabar2...truk kan..terketaq2 nak beli, he3
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

1. Syahida (http://mublingmumbling.blospot.com/) Member aku sek ren dlu..saingan aku nak dpt gelaran olahraga wati sek dlu, he3
2. Mandita Poket (http://mardiana-mandique.blospot.com/) Member umah masa bujang kat Jalan Ipoh dlu :-)
3. Ima - Member umah aku zaman Universiti dlu ;-)
7 org lagie?....tak dak dah..kebanyakan dah kena Tag. nie.hu3

Wednesday, June 10, 2009

Mama Rindu Payish

Alahai..rindu btul pd bb payish cumel. Mak tOk pinjam smpai jmaat ni. cian mama & abah, mati kutu payish tak dak disisi. bertolak dr Taiping kul 11 malam sampai umah kul 3.30 pagi (selasa).

pagi tu abah tido2 ayam, pastu mama nampak kaki abah dok dlm buaian payish, tingat payish la tu. mama plak terdetik nak masuk bilik, nak bunjut ujung buai takut payish jatuh. pastu baru tingat payish tak dak kat cni...

ini baru masuk 2 ari. tak taw la hari lain mcm mana. rindu mama kat payish ni, rindu mulut payish yg berkedut2 ...hu3...



Sunday, June 7, 2009

Destinasi Cuti2 M'sia-Kelantan

Cuti-cuti M'sia - Kelantan Destinasiku.....

KeNapa anda pilih gie jejalan kat negeri Kelantan?
Ehem, kerana saya dah lama tak ke sana, last gie 2OO5 ikut hubby wat kije dia..

Bila anda pegi kesana?
Hari JumaAt & sABtU BaRu NiE (05 juneO9-06 juneO9)..

gie ngan sape?
Ngan Famili, ngan MaMa, hubby, payish sayang & adik2 saye...

Di mana anda MenginaP?
Pantai Cahaya bulan REsort(PCB), type dOrm (sbb ramai), Rm180 semalam.../katil 5dOuble Decker- search kat gOOgle...print tmpt2 ada chalet tepi pantai, caRi kat google map lokasi, jarak dr Taiping ke K.Bharu/PCB...

Nyelit la pic kami sekeluarga kat dlm dorm..he3...

tempat yg anda pegi?


A) Pasar Siti khatijah
cari Nasi Dagang, kopok lekOr segar, kOpOk2, telur penyu
kat bwh pic Payish terkial2 bila suap lauk - ikan tongkol..he3



B) Rantau Panjang (RP)-zOn Bebas cukai
Syurga beli belah-mcm2 ada, kedai2 tdk teratur tetapi terdapat pelbagai pilihan barang2.


C) Pengkalan Kubor(PK)-zOn Bebas Cukai
gie cni sbb nak compare harge ngan RP-kesimpulan yg diperOlehi-"RP jauh lebih murah berbanding PK"


D) Pasar Minggu Kraf & Flora
kebetulan ada pertandingan ayam Serama (singgah cni sbb adik lelaki tengah gile ayam & burung siap beli anak ayam serama, 5 ekor RM200++, dasyhat2)


E) Kedai Batik Sekitar PCB
pelbagai pilihan, bg wanita, baju kelawar tentu jd pilihan, chewah

Apa yg saye beli?
a) kErONgsang bertali
3 set kerongsang (memaNg Murah!!!)
harga satu set?: RM15, lepas tawar RM12!
penah beli kat KL, RM29++ (hu3)

b) 2 helai Seluar jenis CurdrOy yang menawan
2 pasang suar, jenis yg sama -
Kedai A- RM33 sepasang(di beli tanpa survey-kaler biju gelap)
Kedai B- RM26 sepasang(lepas geram beli lagi-kaler Hitam)
Downtown danau KOta- RM45(dah terbeli sblm pi k'tan...kaler cOklat)
*yea yea..dah ada 3 helai koleksi suar kegemaran... :-)

c) KOpOk LekOr, asam2, telur PeNyu...
Barangan asas/sahih anda beli jika anda ke kelantan :-)

d) gElang Kristal yg menawan
gelang ni sbrnya bkn aku beli tp adik ipar.
Menyesal daku tak beli, harga amat murah

kat RP- RM8-RM15
kat PK- RM25-RM30++
kat RP dpa longgok2 ja..kat PK siap buh dlm bekas kaca lagi, tu sbb harga jadi mahai kot,he3...
*maaf yer, pic tak clear, tp kalu tgk depan mata, batu standard A(berat&berkilat), harga standard kat KL RM35++(dah penah nengok kat Semua House, Medan Mara, sebijik sama)

f) Toto Narita
Terbeli kat PK, RM38, kat RP RM35 bole tawar lagi..hu3..nyesal... tOtO ni mak mertua kirim...




*kesimpulannya, 2 hari 1 mlm kat cna mmg berbaloi. kalu ikut prOgram asal, nak bermalam lagi semalam kat cna, tp tetiba hubby dpt urgent cOl, sabtu mlm kitaorg bertOlak balik Tapeng, ahad, kul 7.30 pagi dia bertolak balik naik bus dlu...sbb aku masih bercuti hingga isnin...


*perjalanan kali nie walau singkat dah di max sebaik mgkn, smua puas ati & hapi..terutama si Payish..tak meragam langsung, kelek ke sana ke mari tengah panas, bila agah bole la senyum2..he3...lain kali mama bawa jalan lagi yek...


sekian

Thursday, June 4, 2009

Upin & Ipin


Ush..bkn main suka Payish kalu layan kartun Upin & Ipin, sanggup berhenti meniarap, bersantai atas tilam, sambil mata fokus pd TV, cuma sesekali menoleh ke kiri kanan, tergeleng2 kepala tgk, senyum2 skit..entahla...mcm paham je..

Ada satu ari tu kitaorg pi Giant...ada kedai jual CD...time tu pulak ada ditayangkan citer Upin & Ipin..tak berkelip dia nengok...mata kat skrin TV je...bila aku & hubby nak gerak, dia nengok je muka kitaorg...mcm tak nak balik!!!...masa tu tak perasan lagi hinggalah satu hari ada tayang citer tu kat TV...tetiba dia berhenti main...sah la, dia suka nengok nih...mlm tu gtaw hubby, dia kata mcm perasan gak Payish diam bila tgk cite tu..apa lagi, mlm2 dia kuar semata2 nak cari Cd utk Payish...hah..ni Payish nengah layan citer abg upin & abg ipin..he3

Wednesday, June 3, 2009

Pic Ngade Payish

Payish Mama yg nakal...


Payish melentok kat riba Abah..ngada la tu...



Nie pic payish yg baru, dah mula ligat nie..pantang nampak bende, cmua nak capai, pastu nak masuk dalam mulut..
Actually nak letak videO dia nengok Upin & Ipin sampai tak bergerak2..cite tu je bole buat dia duk diam dr membuas...tp itu la..Mama Payish ni pelupa sgt..lupa nak save plak...lain kali mama payish upload k...



Kat atas pic Payish senyum, senyum nak mengoda awek..he3..


Nie VideO paYish geli ati kena agah ngan abah...