LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, June 19, 2009

Cloth Diapers

Seorang kawan aku bertanyakan samaada aku nak guna CD...dalam ati CD citer ke?ubat cuci kasi CD tak calar ke?mcm2 la dlm pikiran..tp sbb aku ber ym ngan dia dan kebetulan kesuntukan masa, aku biar persoalan tu mcm tu je.

Hinggalah satu aritu, aku bertanyakan mgenai CD tu balik..O, rupenya CD tu singkatan utk cloth diaper @ dalam bahasa kita LAMPIN KAIN cuma dah upgrade jadi LAMPIN MODEN.


setakat ni mama payish dah order 7 CD pelbagai jenis - 2 dah dapat, masih menunggu 5 CD lagi..nanti mama payish upload pic & citer pengalaman pertama pakaikan payish ngan CD nih...tungguuuuuuuuu




MENGAPA MAMA PAYISH NAK START GUNA CD NIH


10 sebab yang paling utama ialah :

1. Pakai kain Cotton. Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.


2. Tahu tak bgmn Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Baiklah, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi.


3. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara. Seorg bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu?? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.


4. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan kain lampin sbbnya bila dah basah, anak kita pun tak selesa lagi..


5. Kain lampin sangat menjimatkan!! Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (cara mereka menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.


6. Senang utk digunakan. Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!!


7. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'.


8. Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.


9. Anak2 belajar dari pemerhatian dan peniruan. Anda tunjukkan contoh yg baik tentang cara2 mengurus sampah dgn baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan ikut jg kerana telah didik begitu!!dan yg terakhir sekali...


10. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).



KAT BWH NIE INFO YG MAMA DPT PASAL JENIS-JENIS CLOTH DIAPERS,




4 comments:

Mardiana said...
This comment has been removed by the author.
Mardiana said...

Kawan ko tu nama dia Mandita Pocket ke Lam???

Linda said...

ha3..dia la, berjangkit ngan dia..he3..TQ mandit..ko la pencetus..he3

Mardiana Alias said...

Hehehe...no prob dear. Sharing is Caring kan.Selamat Maju Jaya dgn kedai baru nnt tau.