LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, July 9, 2009

PENGALAMAN GUNA Cloth Diaper (CD)




PENGALAMAN GUNA CD
Secara jujurnya, aku masih baru berjinak dengan dunia CD nih. Ini semua hasil usaha Puan Mardiana (aku panggil mandita pocket je..he3)..kalu tidak sampai sudah aku tak tahu menahu pasal CD nih.

Pada awalnya,
aku menolak untuk pakaikan CD nih sbb rasa macam tak berkemampuan je nak buat kerja-kerja yang pada pandangan pertama aku melecehkan, ditambah dengan hidup aku yang pada perkiraan daku mmg dah sedia tunggang langgang. Aku memberi sebab munasab pada mandita pocket ttp dibantah dgn nas2 oleh Pn. Mandita. Aku katakan padanya, aku akan memikirkan idea pengunaan CD ni...akhirnya senyap mcm tu je....

Al-Kisah pada satu hari,

pinggang si payish kena ruam. Aiseh gelabah aku bertanya pada kawan-kawan opis. Rupanya baby umur macam payish tak lepas mengalami ruam lampin ni. Selama ni aku relaks ja sbb tak penah mengalami masalah ni. Kwn2 bagitaw yang mungkin sbb baby berpeluh, jadi ruam tu timbul.

Apabila dah jadi macam tu, satu hari aku bertanya balik kat Pn. Mandita. Dia pun memberi sedikit sebanyak penerangan seikhlasnya. Bertitik tolak dari situlah aku mencari maklumat di internet hingga naik juling mata (ha3). Aku minta pendapat hsbnd. Dia ok je (mgkn ragu2, tp tak mau mematahkan semangat aku yg dah membara).

Aku pun membeli 4 brand CD dr kedai online yg berlainan. Tujuannya utk menilai sendiri kesesuaian CD tsbt ngan si Payish. Aku gunakan comment momies2 kat luar sana sebagai guide dalam membuat pemilihan CD nih.

Pada awal penggunaan CD nih, malam2 ku kebanjiran. Berkerut2 dahi husband ku, tapi idak la dia mengomen apa, sbb bini dia kuarkan duit sendiri beli CD2 nih, :-P.
Memula dpt CD, aku pakaikan sendiri CD ni kat payish, tp rupenya husband aku ni lebih berbakat memakaikan CD kat bb aku nih (walau dia tak terjah blog org mcm aku buat, dok skodeng cara org pakaikan CD, hu3), sbbnya, bila aku pakaikan, aiseh kdg2 leaking, tp kalu dia pakaikan ok plak, kemas jerk. Mama payish ni kureng skill kot.

Ni ada komen mengenai CD2 yg aku guna, ttp sbb aku nak jual CD tak lama lagi, not fair kalu aku namakan brand CD2 ni sbbnya kang ada org cakap aku berat sebelah. Apa yg terbaik buat kita tak semestinya baik juga utk org lain. Tepuk dada, tanya selera (tanya sekali poketnye...cukup dak..he3) brand yg aku guna ni bole dikatakan cmua made in china, so budgetnya kureng berbanding ngan brand US/seangkatan...tp kalu mahal mgkn lebih bagus kualitinye,ttp aku tak dpt nak komen la sbb tak penah guna..he3

kOmen2 dr pengalaman ber CD nih:
1) CD Brand XX
Selalu leaking kat tepi, walhal aku dah prewash sehingga 3 kali. Tp Tuan punya kedai tu amat prihatin dan sentiasa bertanya khabar. Lega rasa ati, sekurang-kurangnya ada tempat nak luahkan masalah dan meminta pendapat. Masuk kali ke-5 basuh, alhamdulilah, tiada lagi kebocoran. Mgkn daya serapan insert tu semakin baik selepas 5 kali penggunaan. Jadi saya nasihatkan pada anda yang baru nak ber CD nih, silalah prewash CD anda lebih dr 3 kali, lebih byk pre wash lebih bagus. Tapi husband aku puji brand nih sbb CD dia tebal & berkemungkinan berdaya tahan lama & ble diwarisi kepada adik2 payish nanti, heh!

2) CD brand XY
i) CD nih paling selesa buat si Payish. Mama suka sgt brand ni sbb sepanjang penggunaannya, payish leaking 2 kali je. Itu pun aku basuh 2 kali jerk. Insert dia tak tebal sangat, CDnya agak nipis, lapisan dalam lembut sesangat. Jadi tangan aku nih cepat je nak kuarkan CD ni dr laci baju payish & pakaikan kat dia. Harga dia pun murah & nampak cute kat montot payish.
ii) CD ni sama brand dgn yg kat atas, cuma jenis yg berbeza. CD jenis ni tak payah nak masukkan insert krn telah dijahit besekali ngan CD. Mudah & telah menjadi pilihan mama utk kegunaan payish. Amat sesuai jika nak antar ke babysitter/nursery. Amat sesuai juga dgn mamapayish yg kdg2 ada penyakit 'M' ..hu3...

3) CD brand XZ

CD kedua kesukaan daku lepas CD XY nih. Kena adjust pakai zip. Tp bila pakaikan kat payish, nampak dia selesa sangat, tak penah leaking kat celah peha kecuali bila payish tido buai, ada la leaking kat pinggang tu skit, tp so far mmg ok sgt pakai brand nih dan aku pun dah order tambahan 4 CD lagi utk si payish. Tuan punya kedai ni pun amat prihatin & selalu memberi tips2 mengenai penggunaan CD.

4) CD XQ
CD nie aku paling malas nak pakaikan kat si payish. Designnya mmg chantek, tp bahagian dalam tu di buat dr cotton, so time nak cuci payah skit la nak ilang POO POO si payish, & rasa lembap je bila si payish PEE PEE. Paling tak bes, lambat kering, tapi kalu mood nak chantekkan muntot payish, aku pakaikan gak la CD ni, sayang dah beli tak guna, tp bole gak buat koleksi…he3…

Sekian jerk cite mama….
Nota Kaki: mana2 yg tersalah tulis/menguris ati mana2 pihak tu, mama mohon maap yer...jangan ada yg berkecil ati yer ...ini sekadar ulasan peribadi berdasarkan pengalaman sendiri :-P


1 comment:

Mardiana Alias said...

Salam mama payish. Very good testi Lam...Alhamdulillah, akhirnya niat suci murni nak kongsi benda2 baik ngan member tercapai gaks...