LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, August 29, 2009

FRIDGE MAGNET

Salam kwn2..dah lama mama tak update blog ni.buzi menguruskan stok Cloth Diapers (CD) yang ada...hu3..sampai satu tahap sakit kepala kena ujan sbb antar CD utk di Pos..
Ok..sekarang ini mama ada hobi baru. Teruja ngan "FRIDGE MAGNET" (FM)!!..ada skodeng blog2 org, tetiba rasa mcm best sgt nak buat koleksi!
Mama nengah nunggu 4 FM yg di beli melalui online. FM Thailand. Nanti mama upload pic bila dah terima FM tsbt.....adusssssssss rasa tak sabar nye..Ada beberapa kwn baik & kwn blogger yg mama minta tlg jenguk2 kan jika ada FM di tempat mereka...aiseh musim FM dah tiba plak..mcm2 la mamapayish ni...ni nanti mesti kena kutuk ngan abah...hu3...
k kengkawan...nanti ada citer baru Mama update yer....daaaaaaaaaaaa

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

Daripada MAMAPayish Sekeluarga....



Wednesday, August 12, 2009

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE 4



Salam semua...

Thn ni, pd tarikh 05/08/09 genap 4th perkahwinan ku dgn suamiku yg terchenta, Fairoz. Doakan kebahagian kami hingga ke akhir hayat...thanks to Abah payish krn menjadi suami yg bertanggungjawab, penyayang, mengambil berat & berhemah selalu...Mama hargainye...

cmua.....satu mama minta thn nie...mama harap abah dpt kurangkan sedikit baran abah di jalan raya...hu3..Mama takut sgt.
Abah berubah 100% bila di jalan raya, hilang ciri2 yg mama katakan tadi...
(harap abah baca catatan Mama nie).

Mama pun punya kelemahan diri....akan mama cuba kurangkan sifat anak sulung yg ada pada mama (cthnya nak menang selalu, terberi(?)arahan,terlalu nak berdikari)maafkann mama...... tiada niat di hatiku sebegitu....krn mama tahu syurga mama di bwh kakimu....sama2 la kita memperbaiki diri utk mengeratkan lagie hubungan kita.

AMIN
p/s: Maap ye kwn2 kalu mama terlampau emo/ada ayat yg buat anda rasa tak larat nak baca. E3 ni kul 4 pg, so ayat jiwa2 gak la... :-)

HARGAILAH ISTERI ANDA

Salam semua, petikan cerita ini Mamapayish terima dr seorg teman, melalui email. Harap dpt dikongsi bersama :-)Hargailah isteri anda......Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.......


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini yang mana dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak... Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya... Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. . Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.


kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu .... "Ya Allah.... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):



"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ila aha illallah!" x 10

CARI MOOD ARI ISNIN


(snap sendirik)

~~mOOd dr balik kpg ni buat mama rasa maleh nak kije (black monday, hu3)...so utk bg rasa semangat&nampak ceria (walau ati gundah gulana), mama pakai baju kaler pink (kaler yg amat jarang Mama pakai, sbb i suke kaler yg gelap2, hik3) so, korang layan la pic mama ni yek..senyum simpul lagie (jarang mama nak sengih sbb gigi berlapis, tak yantek) hik3

PENANGAN H1N1

Si payish di paksa pakai Mask
Mak Usu Payish yg seksi juga sibuk nak pakai Mask

Salam kepada semua.
Malam jumaat lepas, mamapayish balik kpg kat Taiping Perak bersama dengan Pak Ngah payish dr JB. Rindu sgt kat famili. Sepanjang kat Kpg, kami tak buat aktiviti jalan2 mcm selalu sbb bimbang penularan H1N1 nie. Kami banyak menghabiskan masa bersama-sama Mak Tok & Tok Mas payish. Lagipun balik kpg nak relaks kan minda daku yang berserabut nie..hu3..

Al-kisah,

Pak Ngah payish tak berapa sihat. Oleh kerana penularan H1N1 yg menakutkan, maka Pak Ngah payish gagahkan diri ke Hospital Kerajaan utk chck up. Al-maklum, tanda2 awal spt batuk, selsema & fenin2 dah ada...tambahan dia mengajar kat area belah selatan (yg mana statistik kematian amat menakutkan).


Bila gie Hospital Taiping, Masyallah, ramai sungguh org, dekat 80 org++ menunggu giliran. Maka Pak Ngah payish cari alternatif lain, gie Hospital Swasta-Columbia Asia Hospital. Aiseh, rupenya kat hospital ni pun ramai gak org nak chck up tp bilangannya kurang sedikit berbanding kat hospital kerajaan, maka truslah dia buat chck up kat ctu..............


Lega ati kami semua bila di maklumkan bahawa tiada H1N1(sampai gtu skali, hu3)....


Ari Ahad tu...Pak Ngah tel...badan dia panas...Mak Tok Payish punye risau, siap cakap, "itu la tangkai aku sorang pun"...(Pak Ngah sorang je anak lelaki dlm famili)....kami pun gie la melawat umah Pak Ngah kat Taman tu jugak, pakai kasut terompah pun dah sampai....
So gi balik Hospital yg sama, bila chck up, alhamdulilah....bukan H1N1...

Ok la..kalu korang ada tanda2/gejala2 di bawah, jgn amik mudah/leweh, buat la ujian dgn segera. Bukan tujuan nek menakutkan sesiapa tp rawatan awal mgkn boleh menyelamatkan nyawa kita.
Tanda-tanda awal jangkitan influenza A(H1N1) ialah pesakit mengalami demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan sendi, gatal tekak, berhingus, dan kadangkala muntah atau cirit-birit.
Harap dijauhkan la kita semua dr virus ini. AMIN.
p/s: Kawan mama tak mau jumpa mama kat SOGO/The Mall sbb takut virus ni. Mama pun dah mula berkelakuan pelik, pantang CINA bersin mesti bangun trus dr tempat duduk walhal kalu nak berjangkit bkn kira dr bangsa pe,hik3...cuma STIGMA terhadap org makan b*** (Stigma seperti yang ditakrifkan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar membawa maksud kekejian, keaiban atau kecelaan) la buat mama rasa tak selesa nak dok dekat2 depa...maap la kalu mana2 pihak tersinggung.

Tuesday, August 4, 2009

PENANGAN SITISIFIR10...BELUM 11, 12, 13 Ha3

Salam kpd semua..
ni mama nak citer satu kisah yg berlaku ptg tadi.

Macam biasa, abah ambil mama kat stesen SENTUL TIMUR. Dalam perjalanan mama citer yg mama dah publish nama pemenang contest blog onlineshop mama tue.

Sampai umah, mama mandi & amik wuduk nak solat. Tetiba sedang Mama khusyuk bersolat asar di ruang tamu umah..singgah satu suara yg agak nyaring dibelakang mama....

"oh mama, saya mahu kawin, kawin dengan sapa, kawin dengan arwa"

aiseh...tetiba hati yg nakal berbisik, mcm kenal je nama arwa nie (nengah solat ble terdetik)...

"oh mama, payish mahu kawin, kawin dengan sapa, kawin dengan arwa"

ArWa? (dalam ati mama, walhal nengah solat nie...)


"oh mama, payish mahu kawin, kawin dengan sapa, anak sitisifir"


Mama yg dr tadi dah hilang kusyuk trus berpaling


"abah!mama nengah sembahyang nie!"


Abah terkejut.


ABAH: Oh,sori2...(muka cuak)


MAMA: "hish, org solat dia nyanyi plak....(muka serius)


Bila paling semula ke sejadah je mama dok tersengeh2 sorang2 tahan nak gelak!!!ha3..terpaksa tenangkan ati balik sbb nak kena sembahyang balik (dah masuk rakaat ke2, hu3)....


Ha3...selama ni mama ingat mama je suke baca blog ctsifir..abah payish baru skali baca blog tu pun dah sangkut...ha3...hebat sungguh kuasa tulisan sitisifir ni..he3...


Monday, August 3, 2009

SELENDANG MaMaPayish :-)

Al-Kisah

Internet kat opis mama ada masalah ari nie. So byk la masa mama berborak2 ngan teman2 opis. Penah kwn opis mama perli2, kalu komputer mama rosak, jgn sesapa bg pinjam komputer kat mama..he3..ini semua gara2 mama giler blogging..ngeh3...

Lepas makan tengahari tadi, mama & cik wanie (kwn opis mama) jejalan kat dalam Pertama Complex (selalunya pas abis makan mama merayap cuci mata kat blog member2, ni tenet prob, tu yg merayap dlm Pertama..he3). Gie kedai menjual baju yg dah siap jahit..aiseh sangkut plak beli baju kurung pahang (walhal asalnya nak survey jerk..he3)...

Tetiba mata mama terpandang selendang yg memang mama tercarik2 selama nie...tudung ni ada dijual scr online, tp yg dijual tu tak dak serombong(?) kat bahagian depan ..he3..so sangkut jugak!terbeli 2 helai...ni pic mama bergedik2 ngan tudung baru tu..ha3..jangan kutuk taw..keh3
(byk pic yg mama amik, bahagian sisi jerk, nak cover ketembaman muka, ha3)
Ni kaler Biru & Hitam

Ni kaler peberet mama..coklat & hitam
Dah lama mama nengok org dok pakai tudung ni (mama penah tahan sorang akak ni masa kat setesen Bandaraya, tanya dia beli kat mama..he3)...bila dah beli nie, satu je harapan mama..harap selendang ni mama pakai le..sbbnya dah byk selendang mama beli..akhirnya tersangkut je dlm almari...sbb mama tak reti nak pakai kasi kemas..he3...mcm2 mamapayish nie...