LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, September 17, 2009

~~mOod nak Raye~~


salam semua..
ni mamapayish curi jap masa kat opis, nak tulis pendek je nie...hu3...badanku di KL..atiku dah kat kpg....hu3....selamat hari raya semua..maap zahir & batin dr ku sekeluarga..maaf jika ada salah silap yg tak disengajakan...
Selamat bergumbira di hari raya!!!!

Monday, September 14, 2009

MyDearShoppe - Aidilfitri GiveAway Contest

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Aiseh..ni mamapayish join satu contest yg dianjurkan oleh MyDearShoppe. GiveAway ini bersempena dengan Aildilfitri yang bakal menjelma. MyDearShoppe - Aidilfitri GiveAway Contest dengan rasminya dilancarkan bermula dari 1 September 2009 hingga 15 September 2009.

Kedai online ini kepunyaan saudari Mardiana. (err..mamapayish panggil mandita poket je..he3)Actually dah lama nak siapkan entry ni tetapi disebabkan kesibukan yang melanda, asyik bertangguh saje.Untuk pengetahuan semua ini adalah CONTEST pertama yg mamapayish join!Terliuq tengok CD printed tu!dah terbayang2 payish menungging2 ngan CD yantek tu!Kat bawah ni picture CD yg ditawarkan...

Hah, ini la picture yang mamapayish pertaruhkan. Gaya seorang bayi yang sihat serta ceria bersama CD yang dipakainya. Masa tu payish cakap..."Mama...Selesenya pakai Suar Kecik Moden nie...." (mamapayish kan suke bab2 mereka dialog ni, ha3)



Nama anakku nie: Muhammad Fariz Iskandar Bin Fairoz
Payish Dah Masuk : 10 bulan

TAG LINE:
"Ibu Prihatin, Sambil Berjimat, Baby Sihat,Cloth Diapers sememangnya pilihan yg tepat"
(aiseh ni idea spontan taw!apa yg ada dalam kepala je,he3)

Soalan wajib pertama: kenapa anda harus mendapatkan mydearshoppe e-shop giveaway?

Dengan yakinnya..saya semestinya & seharusnya mendapat 'mydearshoppe e-shop giveaway'
ini sebagai hadiah untuk si payish yang amat saya kasihi sementelah hari lahirnya akan tiba tidak lama lagie (bulan 11 nie..he3)..

Tambahan CD printed LUNATOTS yang di tawarkan amat memikat hati mamapayish ni & mamapayish sendiri dah 100% menggunakan CD dalam kehidupan seharian. Jika tak menang pun idak le berkecik ati sbb Pn. Mardiana yg mamapayish kenal memang straight mcm tiang lampu!ha3..terkenal dengan sifat ADIL & SAKSAMA…bayangkan mama mintak discount CD Lunatots, dia tak kurang skit pun sbb katanya rules utk jadi reseller kena ikut harga yg ditetapkan..ha3, kalu dia amik kursus LAW & jadi HAKIM kat M’sia ni mesti aman Negara, hik3…silap ko jadi Auditor mandit (ha3…juri, tolong jangan potong markah yer! :-p)

tapi jika memang ada rezeki si payish (yang bermata bulat & tiada rambut yang lebat sejak kecil), kemenangan dalam contest ni (disebabkan kelebihan mamapayish mengayat, al-maklum bdk art masa sek. men dulu, :-p) ianya adalah satu BONUS untuk mama menambah CD payish..& bila si payish pakai pada HARI RAYA ni, & ada yang menegur dengan bangganya mamapayish akan jawap...

Orang yang bertanya: "Cantik CD, beli kat mana?"

Mamapayish: "Menang hadiah contest kat kedai Online..."

Orang yang bertanya: "kedai mana??"

Mamapayish: "he3... "mydearshoppe"

Orang yang bertanya: "apa URL nyer??"

Mamapayish: "hah, salin nie, http://mydearshoppe.blogspot.com/

Orang yang bertanya : "Nak jengahlah!"


Mamapayish: Kalu nak gie direct ble jugak, gie jengah kat Showroom mydearshoppe (HQ) di Lestari Apartment, di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kalu ada apa2 pertanyaan atau nak buat temujanji boleh hubungi
Pn. Mardiana Alias, peramah dia tu,

ni no telnya 012-9306501 @ email je kat mydearshoppe@yahoo.com kalu nak lagi senang, YM jerk kat eye_diana, hah tanya aje apa yang nak di tanya mengenai CD kat dia, Insyallah dia akan menjawap segala persoalan...

hik3..hah..kan BONUS plak utk IBU Aina aka Mardiana...hik3 (Aiseh mandit, dah kira promosi baik ni..dah macam drama plak...ha3). Situasi di atas mungkin sedikit berbeza kerana info mengenai email address & YM beliau belum tentu dalam minda, yang pasti, URL BLog nye.. Mydearshoppe.blogspot.com mmg dah ada dalam kepala!apa susah, bagi je URL ni pada "orang yg bertanya tersebut"!! :-)

Soalan Kedua: Sejauh mana anda tahu mengenai blog mydearshoppe e-shop ini?

hik3..mmg taw sangat kerana orang inilah yang berjaya membuka pintu ati mamapayish untuk ber CD, & kalu tidak, tak de la mamapayish jadi "ibu prihatin, dapat berjimat, payish pun sihat, aiseh! cloth diapers sememangnya pilihan yang tepatlah!"
(wakaka, promote Tagline sendirik yg telah di olah :-p)

Aiseh, kalu idak mmg dok pakai DD lagi la sampai sekarang. Pelancaran kedainya juga hampir ngan pelancaran kedai online mamapayish. Buat ibu Aina, semoga perniagaan anda berkembang maju & berjaya menarik lebih ramai lagi insan untuk ber CD spt saya ini..hik3..


Pada yang nak mencuba CD LUNATOTS, jangan lupa layari http://mydearshoppe.blogspot.com/
Terdapat pelbagai jenis CLOTH DIAPERS LUNATOTS YG YANTEK2 &
pelbagai pakej mampu milik.
Selamat Ber CD!Go Green!!!!!


BILA BER CD, ANDA PASTI MERASA ANDA IBU YANG HEBAT & SEMAKIN TABAH!
INSYALLAH..rasailah sendiri pengalaman itu
Belum cuba belum tahu…
Sekian

Thursday, September 10, 2009

GELI POO POO ANAK???

Salam kepada semua.dah lama mama nak buat n3 pasal CD ni tp disbbkan network slalu problem, maka amik masa nak buat. Ada sorang kwn mama yg kenal melalui urusan meniaga bertanyakan mama, jikakalau ada org tanya, geli nak basuh POO POO, nak jawap apa?Saya tanya kenapa tanya mcm tu. Dia kata auntie dia geli nak basuh POO POO..saya tak terkejut ngan soklan ni sbb melalui ibu mertua, kakak ipar saya juga memberi ALASAN yg sama...so ini jawapan saya...

Kenapa mesti geli ngan POO POO darah daging sendiri?. Yang kita nak basuh bukan POO POO org lain, org yg kita sayang jugak. Bila kita dah terbiasa ngan rutin membasuh ni, andai kata satu hari nanti, ibu/ayah ataw orang yg kita sayangi jatuh sakit (minta dijauhkan, doakan mereka sihat sejahtera agar dapat menikmati hidup ini dgn bermakna di samping anak & cucu), kita tak ada masalah sbb dah biasa bergelumang ngan smua ni....lagipun kalu kita sendiri nak basuh POO POO kita, guna tangan jugak, lain la bangsa asing yg main calit2 ngan kertas..lagipun basuh CD ni kita jurus dlu POO POO tu agar mengalir ke mangkuk tandas, bkn nak menyental ngan benda alah tu sekali..Masyallah!
Memetik kata Syamilah pembeli di onlineshop saya,
"Bila membasuh ni rasa puas ati..tengok putih je kat ampaian..teringat masa basuh lampin adik2 dulu..."
terharu hati saya membacanya sbb apa yg dia katakan juga mengingatkan saya pengalaman mencuci lampin adik2 saya (saya merupakan anak sulung yg rajin membantu mama membasuh baju adik2 termasuk lampin mereka, he3)..pada zaman itu, belum ada DD , so pilihan yg ada ialah LAMPIN KAIN tradisional. Tapi ketika itu, saya tak mengeluh sbb sy tahu itu tanggungjawab saya utk adik2 saya. Kini, saya ambil semula pengalaman membasuh Lampin Kain adik2 saya kepada pengalaman membasuh Lampin Kain Moden anak saya yg amat saya kasihi!!Saya berkorban masa, kederat utk ORG YG SAYA SAYANGI & di samping itu sy dapat menjimatkan wang saku en. somi dr membeli DD yg pada perkiraan saya amat besar perbelanjaannya utk jangka panjang.

Saya boleh terima jika ada orang kata "SAYA MALAS NAK BASUH", sbb itu la antara alasan awal kenapa saya tdk mahu ber CD...saya terbayang bagaimana rutin harian saya yg akan datang jika sy ber CD...tetapi kata2 nasihat dr rakan membuka hati saya, sehingga sy 100% telah menggunakan CD utk si payish yg sy sayangi. Saya juga menyarankan kepada rakan2 baik & amat terharu krn alasan rakan baik, Pn. Fiza...

"aku maleh basuh" dah jadi "aku teruja ni..kaler apa lagi ada..anak aku pakai cantik sgt, tak bocor!"

Tetapi jika alasan GELI TAIK ANAK...

ermm.....saya tak tahu nak kata apa la..sbb kalu saya, utk yg tersayang, apapun sy sanggup..sekurang2 nya bila membasuh saya taw apa yg dia makan. Penah sekali sy tgk berketul2 je POO POO dia..sy tanya bbsitter..rupenya dia suap NUGGET kat payish..dalam ati saya..Ooooo...patutla berketul...pastu ada sekali tu sampai 3 CD ada kesan POO POO..

dalam ati..Ooo...anak aku ciritbirit..kenapa yek, susu tak sesuai ke, apa ni eh...bila selidik baju, eh, ada kesan oren pekat...
"Kak intan bg dia jeli, abis dia makan...."
DALAM ATIKU "aiseh...jeli,kopok????erm....anak aku tak tahan makan benda2 alah ni.."

"kak intan, pasni tak yah bg yer kopok2 ke, jeli ke..sy ada baca email dlu, tak elok sbb byk pewarna & pengawet (bercakap dgn nada baik & senyum)...

Itu antara kesan BAIK sy guna CD..kalu sy tak basuh POO POO anak saya, belum tentu sy taw berapa kali dia POO POO sehari & apa yg dia makan sbb sy bkn suri rumah sebaliknya bekerja & memerlukan bbsitter utk membantu sy menjaga anak yg sy sayangi...

Saya ada terbaca n3 di blog siti sifir mengenai bagaimana dia rasa terharu bila membasuh lampin kain kerana terbayang ibunya yg penah membasuh lampin kainnya dulu...begitulah sentuhan hati apabila kita melakukan kerja-kerja yg mengingatkan kita pengorbanan IBU kita, insan yg paling kita sayangi...
N3 ni bkn utk menhentam org yg tdk mahu ber CD krn itu adalah hak masing2..saya hormati itu krn mgkn masing2 ada sbb munasab yg tersendiri cuma satu saya minta, jangan jadikan alasan GELI POO POO anak sbg sebab utama..seolahnya org yg mahu ber CD ni mcm pengotor yg sanggup bergelumang ngan POO POO yg amat menjijikan...walhal kajilah, mengapa org2 spt kami ini sanggup bergelumang dgn ini semua..jawapannya adalah spt di atas...

hingga kini, ralat hati saya sbb tak dapat menyusukan payish disebabkan kelemahan ilmu sy sendiri...Insyallah anak ke2 kelak, sy akan cuba utk bf anak..krn sy tahu tiada susu yg setanding susu ibu...maafkan mama payish..insyallah adik2 payish nanti akan mama cuba sedaya upaya utk berikan khasiat susu ibu....
Kepada yg sudah ber CD..syabas sy ucapkan krn persedian mental & fizikal anda dalam menguruskan CD yg pada perkiraan saya memerlukan kesabaran yg tinggi pada permulaan pengunaanya..bak kata org, alah bisa, tegal biasa (eh betul ke bidalan Ni, he3)...MAAF KALU N3 NI membuat ada pihak terasa ati tp telah lama saya pendam, baru hari ni dapat luahkan, rasa lapang dada....Sekian...

CERITA KU...


Salam..lately network area tmn samudera ni mcm hampeh je..tak dapat la mama nak upload pic FM SATU2..So mama amik pic general je la yer...apapun tima kasih buat kak Ct Munipah, dr sabah sbb sudi tolong belikan FM Sabah idaman mamapayish..menaceh yer kak..chantek sungguh FM tu, dok tengok sambil tersenyum2..ni pun dok minta tlg dia belikan FM dr Sarawak, kebetulan adik kak ct bertugas di sana..aiseh, syok nyer nak dapat FM sarawak!


ada juga beberapa FM yg mama beli dr FM seller. FM Vietnam, Melaka, Penang. Yg paling best, dapat beli FM Digi, kebetulan berbuka puasa di Armcorp Mall, PJ, nampak ada DIGI centre kat ctu, trus rembat..he3..


Melalui info dr blog FM yg lain, rupenya coklat crispey pun ada free gift FM...al-kisah tu mmg coklat kegemaran mamapayish, trus la beli sepeket..dapat la FM yg cune tu...ada satu FM mama beli di dalam lot kedai di Armcorp Mall, ia diperbuat dr kayu, bentuk Kaabah..sejuk mata tengok....


Sejak mama bukak kedai online, dapat banyak kawan baru..sonok sangat, sbb relationship terjalin mcm dah kenal lama, walhal di alam maya je..Terima Kasih kpd semua pembeli kedai 0nline mama, kak Ct Sabah, Farah Penang, Lissa Sabah, Syamilah, Fadhilah, ismaliza & semua yg masih keep in touch ngan mama...tak lupa juga buat Ct Sifir yg memperkenalkan blog mama kpd rakan2 blog & rakan baiknya sehingga ada yg buat belian dalam jum yg byk..menaceh yer...moga ukhwah semakin erat, Insyallah...


Doakan peniagaan ku ini berjaya...keuntungan bkn la sekadar matlamat utama, tetapi hikmah di sebalik urusan perniagaan ini lebih bermakna...Sekian