LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, December 28, 2010

Apa Salah Untuk Sihat :)

Salam..lama dah tak citer2 kat blog neh..
Nak share psl minuman kesihatan...dlu balik dr kerja je..badan rasa lemau..penat...letih..tp alhamdulilah dalam masa tak sampai sebulan, lepas amik minuman kat bwh ni..rasa lebih bertenaga & sihat ;)
Biarlah kat luar gemuk badan sekali pun, janji kesihatan dalaman terjaga..hehehe..bila kita sihat dalam, akan terpancar dr wajah kita..ewah mcm ayat iklan..serius, benda ni bukan sbb aku ada jual produk2 ni..tp lebih atas rasa nak share kebaikannya..biarlah keluar duit janji aku sihat :)..kalau duit ada, badan sakit pun tak guna kan ekeke..
Cocoa Collagen ni au beli dgn harga RM53, dapat 3 kotak. 1 kotak ada 10pek. Rasanya mmg enak..mcm koko+kopi arabic...bg aku mmg murah sbb RM53 ini utk kegunaan sebulan... Setakat ni dah mnum 2 kotak. Kalau baca testimoni aku menjuih mulut je..ala betul ke testi2 ni..tp bila dah guna sendiri, aku dpt rasa tumit kaki tu makin pulih, pastu kulit rasa licin sikit..yg lain2 tu tak yah citer la kot kan..sbb semuanya mmg utk kebaikan dalaman :)

Perapat Atika Beauty tu aku beli RM35 sebotol. Pagi mnum 10ml perapat ni, malam aku mnum NFA nye produk. Perapat tu rasanya sedap (kat tekak aku le)..ada baca kat forum2 ada yg tak suka rasanya...atas orgnya...NFA tu bg aku rasanya tak best tp sbb ada campuran pelbagai herba aku paksa mnum gak la..akak yg jaga kedai ubat tu gtaw produk NFA antara produk yg terlaris..kedai ubat ni sebaris je dgn kedai aku. Harga dia dalam RM60++ tak silap.
Alhamdulilah...semua ini membantu mencergaskan badan aku :)
Kalau korang nak taw kebaikannya nye..cuba la..tp aku lebih suggest amik cocoa collagen & NFA ..kat blog/kedai2 ubat byk jual..tp Awas dgn produk tiruan sbb ada baca cocoa collagen tu ada yg tiruan.

Monday, December 6, 2010

Penyakit

Salam. Hari ini kepala Weng sikit. Byk pikir benda2 yg tak patut di pikir. Dalam usia 30thn neh, patutnya kena pikir benda2 yg lebih ke depan, tapi kadangkala kena jd budak2 sbb melayan kerenah budak muda yg kerek2. Alahai apa la yg aku tulis neh?Hmm...

Panas Telinga?
Mmmm...kenapa cepat nak melenting?kenapa cepat rasa nak mendidih je darah neh. Sejak akhir2 ni cepat benar rasa nak marah2. Tapi bukankah dr rasa marah syaitan mudah menguasai kita?Jauhkanlah...

Hari ini sampai terpikir, kadang2 ada duit dalam poket pun pening, tak ada duit pun pening. Bila ada duit & mula nak expend pada benda2 yg sepatutnya kita dapat, dah ada plak mata2 pandang serong. Susah nak tulis dgn jelas satu2, biarlah jadi berbelit2 sbb itu lebih buat hati aku rasa tenang.

Bila berjaya & cemerlang dalam kehidupan, kenapa ada yg tak mahu share rasa Happy?kenapa nak salahkan aku atas kejayaan aku?Tak perlu bgtaw hidup ini mcm Roda sbb aku sdiri sedia maklum bahawa kehidupan ini satu perjalanan yg jauh & panjang..destinasi yg kekal adalah hanya pada-Nya.

Aku juga manusia biasa..sedang musabahah diri, mgkn tindak tanduk aku yg buat insan sekeliling rasa tersingung?
Tanpa aku sedar, mungkin...

Ya!Allah, berikanlah laluan yg baik padaku..sesungguhnya siapalah kita utk menilai diri sendiri, kita hanya nampak salah org lain mgkn, tp salah kita?Ya...aku juga cuba mencari2 salahku utk diperbaiki..krn setiap malam sebelum tido, selalu aku terpikir...andai Tuhan mengambil nyawaku keesokan harinya..sempatkah aku memperbaiki segala kekurangan ku dalam mengabdikan diri pd-Nya...Semua itu Rahsia Allah...yg mahu ku teruskan Doa yg tdk putus pada-Nya..

Thursday, December 2, 2010

Payish Masuk Wad

Salam. Lama sungguh tak update blog neh :)
Byk peristiwa berlaku sepanjang beberapa mggu kebelakangan ni. Bkenaan kesihatan aku & anak, bkenaan kerja & mcm2 lagi.

3/11-6-11 aritu Payish kena warded kat Hosp Selayang. Demam tarik :(
Masa tu dah mengeletar seluruh badan aku & rasa dunia gelap je. Dia kejung masa dlm buai, mata ke atas & bdn merengkok :( Ya!Allah bila dikenang balik rasa tak sanggup nak lalui lagi.

Payish ni anak yg cukup aktif, sihat ke sakit ke, ligat nye mcm tu jugak. Cuma masa tu badan dia mcm panas dedar2 (panas dalam), main mcm biasa cuma ada la serba tak kena skit. cthnya dah buat susu dalam botol biru nak suh tukar botol hijau, pastu kata nak yak2 bila bawa ke toilet tak mau plak..

Aku & hbby panik sampai abah dia pakai kain pelekat & aku pakai baju & tudung terbalik. Nsb baik la klinik dekat dgn rumah. Lepas Dr bg injection dia menangis tak henti2. Masa sampai kat klinik, suhu badan dia 39Celcius. Dr kata kalau dia dah menangis tu dah Ok tp tetap kena refer hosp. Dalam panik2 aku tak bawa duit langsung, jdnya aku gi ATM dgn adik aku nak cucuk duit. Masa tu Q pjg kat mesin ATM, jd amik masa agak lama kat ctu...

Tp paling aku terharu ada seorang mak cik ni sanggup bayarkan Bil klinik & offer bawa hbby ke hosp selayang. Ya!Allah dalam dunia serba pentingkan diri di KL neh, ada juga insan berhati mulia mcm mak cik ni. Kebetulan aku ada terbawa hp dalam poket, husband aku minta mak cik ni col aku & aku sempat ambil mereka & bw ke hosp terus. Aku hulurkan RM60 duit bil klinik ni tp anak mak cik ni menolak dgn baik...terharu aku.... Teman yg sebenar ialah yg sanggup susah & senang..tanpa pertalian dia membantu atas rasa ehsan sesama manusia...Semoga Allah sahaja membalas budi baik mereka Selepas keluar wad aku tetap col utk masukkan duit tu tp beliau ikhlas menolak dgn baik. Tetiba2 aku teringat semula apa yg aku belajar masa di Form 5 dlu dalam subjek Sastera. Nilai2 murni & pengajaran..sungguh byk nilai2 murni yg aku kutip dr peristiwa ini :(

Payish di masukkan di Wad 6C. Di sana aku melihat kanak2 kecil yg melalui perbagai cerita sendiri. Di depan katil payish, ada baby berumur 1thn 3bulan menderita penyakit buah pinggang di mana sebelah dr pinggangnya mmg tdk ada dr lahir & sebelah lagi rosak :((
Bergenang air mata aku saat menulis ini...betapa hebat dugaan yg diterima ibu baby itu...Semoga Allah menguatkan ati tiap2 hati dari kita melalui ujian..Pelbagai lagi kes2 yg ada di hosp & membuat aku terpikir, bagaimanakah kita apabila Tuhan menarik kembali NIKMAT KESIHATAN yg baik?? Ya!Allah......

Lepas peristiwa tu, kalau payish demam skit je terus bw klinik. Aku pun dah beli alat ukur suhu badan & ubat bontot (kalau badan panas masuk ubat kat bontot utk kurangkan panas).

Pesanan aku, kalau anak nampak sihat mana sekalipun, kalau dah namanya DEMAM mmg kena jaga sungguh2. Patut la dlu mak aku selalu citer kalau kami demam masa kecik2 dlu dia sanggup tak tido jaga kami :( TQ mama....skrg dah paham kenapa mama kata gtu...huhuhu

Service Hosp Selayang mmg amat baik & Dr sangat2 prihatin. begitu juga nurse kat sana. Aku col Ejen Insurans yg uruskan bkaitan Medic Card Payish, minta pendapat sama ada nak trfr ke private hosp/stay kat hsp selayang. Dia tanya mcm mana service kat sana, aku jwp sgt2 Ok. Bila dengar aku ckp gtu dia kata elok stay aja kecuali service tak bagus, dapatkan surat pengesahan utk trfsr.

Masa kat nak daftar masuk Wad aku rasa mcm duit yg aku cari selama ni & niat utk kesenangan dia mcm tak ada erti :( terus aku niat jika dia sembuh aku nak masuk korban 1 bahagian utk dia..alhamdulilah termakbul...

Masa di wad husband aku sentiasa ada di sisi menemani payish. Kami bergilir jaga pada waktu malam. Alhamdulilah semua dah ok dan selepas 6 hari Payish dibenarkan pulang. Ejen Insurans col & minta semua details utk buat claim elaun payish masuk wad, dalam RM500 gak. ..seb baik dia sekadar demam panas, jika ada penyakit kronik yg lain???Masa ni baru aku terpikir betapa pentingnya medic Card ni
Ya!Allah jauhkanlah..ini sekadar persedian jika ada apa2 perkara yg tak dijangka berlaku...

Masa di hosp juga kami dpt col yg Car Loan kami dah approve..tp berita yg ditunggu sblm tu rasa hambar ...mgkn masa tu masih terkejut dgn kejadian ini..Sebelum ini kami sepakat nak beli kereta ini sbg lambang hasil titik peluh kami. Alhamdulilah, Selepas Payish keluar kereta Kia Forte 1.6SX ni menjadi milik kami.


Dugaan, ada kesedihan, ada kegembiraan...Ya!Allah...ku serahkan segalanya kpd Mu krn segala yg berlaku pasti ada hikmahnya.....AMIN

Tuesday, November 2, 2010

NASI AYAM PENYEK

Salam. Amboi2 sakan sekarang ni mama update pasal makan je hahaha.
Ini merupakan kali ke3 mama & abah payish (berdua yer) makan kat Restoran Ayam Penyet.
Sedap??ar sendiri mau taw la kalau dah sampai 3 kali makan kat situ hehehe. 
Al-maklum, Bapak ai org Batu Pahat, Johor, mmg kena la masakan Ayam Penyet+Tempe+Tauhu+Sambal (tanpa kuah Okey)

Menu Pilihan Kami, SET Nasi Ayam Penyet+Air Teh Ais/Teh Panas = RM9.90 
Mmmm..ok apa ;)


Lokasi Restoran Ayam Penyet Best ni ialah bersebelahan dgn Sri Gombak Fasa 1. Tepi jalan, SIGNBOARD besar, senang nampak. Ni mama masukkan gambar yg mama cari kat google sbb tak sempat amik gambar. Pada yg duk sekitar sini, apa lagi, meh la pekena Nasi neh. Dulu duk dengar org makan masa Majlis Mawi kawin..sekarang dah terkena, jadi gian makan lak hehehe

P/s: Berat badan ku meningkat, seiring dgn selera makan ku yg makin menjadi2 huhuhu

 

Sunday, October 31, 2010

SEKINCHAN IKAN BAKAR

Salam :)
Hari ni mama kekenyangan makan ikan bakar kat SEKINCHAN IKAN BAKAR, Cawangan Gombak.
Abah Payish pilih ikan Kerapu saiz sederhana & kerang.
Komen kami?
Memang betul la ikan nye sangat segar, manis & lazat :)
Berapa harga kami makan utk 2 org?
Kerapu RM27, Kerang RM8.++, Nasi RM1 sepinggan x3 pinggan, Ulam RM1.
Air RM2 segelas (teh ais & lemon ice)
Total dalam RM43.++
Rasanya berbaloi kot dgn kelazatan nya

Saturday, October 30, 2010

Old Town Coffee

Salam. Dah lama mama tak gie makan kat Old Town Coffee, so semalam ajak abah payish gie makan kat sana. Waktu tu belum kul 12. Abah payish makan nasing+rendang ayam. Mama makan nasi+kari ayam. Bole tahan la rasanya, tapi tak la sedap sangat :-p

MP

Sunday, October 24, 2010

SAYANG, I LAP U ;)

Salam :)
Amboi tajuk entry tak tahan kan?hahahaha~
Hari ni mama berdating dgn abah payish.

Kami berdua keluar berdua gie Jusco Wangsa Maju. Tujuan utama keluar ialah mencari seluar jeans utk payish sbb skrg dia dah melonjong, semua seluar dah pendek. Bila seluar labuh, pinggang lak besar jadi terpaksa la beli tali pinggang pula :)

Bila dah dapat cari barang payish, kami berdua makan NANDO'S :) ush berdua je taw. I renung U, U renung I...hahahaha rasa mcm bercinta lak. Sambil makan borak2 kosong & gelak2 hahaha rasa hapi sangat :) Rasanya sekali sekala kena keluar berdua mcm ni utk eratkan lagi hubungan kami :)

Sebenarnya, dah 3 hari abah payish busy tahap gaban sbb nak siapkan kerja yg ada. Al-maklum, nak masuk ujung bulan nak kena submit file. Tadi pagi mama masakkan nasi lemak utk sarapan pagi. Kesian pulak tengok dia duk serabut menaip report je, jadi mama masak la :) sbb dia mmg suka sangat kalau bini dia masa neh sbb bole bilang dgn jari berapa kali masak dalam sebulan kwang3

Dalam kul 1.30ptg bbsitter payish dtg ambil dia sbb nak bawa gie kenduri kahwin. Itu yg timbul idea mama nak ajak abah payish keluar. Dalam ati kesian tgk dia asyik duk menaip report, so nak bg dia rest jalan2 kat luar.

Okey, berbalik lepas makan ptg kat Nandos, cadang nak tgk wayang..so kami pun gerak la ke Brem Mall Kepong. Masa tu dah pukul 5.45 ptg. Alahai..cerita tengah tayang citer Omputeh You And I..ah mcm bosan je tgk barisan pelakon, terus tak jadi tengok..citer lain ada tp jam 7pm ke atas..ush lambat sgt, tak mo la, kang duk tingat kat payish je...So kami jalan2 la dalam komplek tu. Beli mouse lap top & barang kat Guardian. Skrg neh gila beli brg kat guardian sbb nak kumpul setem, dapat tebus anak patung hahahaha.

Sepanjang perjalanan balik duk usha kete Naza Forte kat jalan..hahahaha ati besar nak kete besar, tapi sekadar impian je la :) Tp kalau ada rezeki rasa tingin gak ekeke
Tapi tak salah simpan angan2 kan, mana taw impian jd nyata :)

Okey..takat nie dlu la ye...nanti free sambung lagi :)

Saturday, October 23, 2010

ALHAMDULILAH

Salam Semua..walaupun hari ini Sabtu, bole lajak tido, tapi tak dapat lelap mata. Lepas subuh tadi, terus on Lap Top. Alhamdulilah, niat utk salurkan keuntungan DyanaMP 1st batch dah tertunai. Semoga semua yg terlibat mendapat keberkatan. AMIN

Hari ini ada juga buat blogwalking blog kengkawan. Ada follow blog seorg customer yang penah beli cd di Mp Shoppe. Beliau buat biz Cat di bandar Temerloh. Bila baca catatan dia, rasa bersemangat utk teruskan biz neh. Dugaan yg pelbagai melanda. Mama paham benar rasanya bila perkara sebegitu terjadi. Tapi bila dipikirkan bila lagi nak ambil jalan yg berduri jika ganjarannya berbaloi.

Sangat berbeza makan gaji & bekerja sendiri. Masa yg lebif fleksibal & kita berkerja utk poket kita sendiri. Jadi, motivasi diri tu sangat tiggi. Pulangan berniaga 4-5 kali ganda dari gaji mama dulu. Walaupun kerja di tempat lama gajinya ciput, tp bila dihitung2 dgn ilmu yg mama dapat, kiranya benda tu jadi 0-0. Di tempat kerja dlu, tiada tekanan kerja melampau, itu sbb mama lama bekerja di sana.

Alhamdulilah, semua berjalan lancar sekarang. Cuma kadangkala agak penat kerana menguruskan kedai seorang diri. Belum dapat pembantu. Susah nak cari pembantu yg boleh dipercayai. Setakat ni masih bole uruskan sendiri, jadi mama buat mana yg patut dlu. Kalau nak cari pembantu pun mungkin utk urusan pembersihan kedai, seminggu sekali.

Paling best kalau reseller dtg kedai, ada juga teman berborak, cuma kalau diorg dtg kul 4 ke atas mmg mama free tp kalau sblm kul 4, agak terbatas masa skit sbb busy dgn packing brg2. Bila buat offline ni mcm2 org dah jumpa :) Seronok dapat tambah kenalan dr pelbagai latar belakang. Ada juga yg dr Kelantan, Melaka, Penang, Pahang dan merata negeri yg singgah ke kedai mama. Sambil ada tugasan lain di KL, mereka meluangkan masa menjengah kedai mama :) TQ uols

Okey, nanti free mama sambung lagi...nak mengemas rumah :)
Salam




Thursday, October 21, 2010

SAKIT TEKAK

Cuaca sekarang kurang menentu..tekak rasa kering..payish pun masih batuk tapi alhamdulilah dah kurang dr 2 hari lepas. Abah payish pun mengadu sakit tekak.
Untuk elak tekak kering..mama kerap mnum air masak & air suam..
Pada kawan2 jangan lupa jaga kesihatan anda..bila dah ditarik kenikmatan kesihatan yg baik..barulah tahu betapa sukar menjalani kehidupan..sentiasalah bersyukur dgn kesihatan yg baik yg dikurniakan Tuhan & berusaha membuat kebaikan.
Salam Sayang...

Thursday, October 7, 2010

Esok Balik Kampung???

Salam Semua...
Semalam En. Hubby tanya mama, nak balik kpg ke?
Aduhai, kalau jadi la balik esok malam...bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Mintak2 la tak ada halangan..huhuhu nak balik, nak balik, nak balik...

Tuesday, October 5, 2010

HARI MENDUNG

Salam. Hari ni cuaca mendung bertukar menjadi gelap..hujan turun dengan lebat di area Batu Caves.
Seharian membuat kerja packing & melayan customer yg dtg...sehingga satu tahap rasa tak tertahan, mama tel babah payish...kebetulan dia dah abis kerja, jadi dia dtg ke kedai & bantu mama bawa brg yg hendak di pos menggunakan Pos Laju. Banyak juga parcel yg keluar hari ini..Rezeki mengalir masuk seperti air hujan yg turun ...Tetapi ada peristiwa kurang menarik berlaku hari ini. Tak mahu dipikirkan krn apabila dipikirkan akan menyebabkan badan yg sedia letih semakin letih..Ya!Allah kuatkan hatiku melalui detik2 sukar & kurniakan la daku kesabaran utk menempuh segala ujian mu...

Monday, October 4, 2010

TIADA LAGI ISTILAH BLACK MONDAY :)

Salam :)
Monday...adalah hari paling sibuk. Semua order terkumpul dr hari jumaat petang-ahad harus diselesaikan pada hari Isnin. Dulu sewaktu bekerja makan gaji MONDAY adalah BLACK MONDAY tp bila kerja sdiri ni, tak sabar nak keluarkan stok pada hari MONDAY ;)

Hari ni bermula jam 10.30-9.30 malam ada di kedai. Banyak stok keluar & melayan reseller yg dtg utk ambil stok. Alhamdulilah, itu semua rezeki dr Allah S.W.T.
Penat??hanya Allah jua yg tahu...tapi tdk boleh merungut..krn setiap yg rezeki yg diberi adalah rahmat yg tdk ternilai.

Nanti free mama update lagi....
Hadapi hari2 anda dgn perasaan gembira, Insyallah kegembiraan akan sentiasa menemani kita. Kesedihan & kemurungan hanya akan melemahkan hati kita...Banyakkan mengingati pd yg Esa..krn dia tdk penah melupakan kita..hambanya..
Mama sendiri kdg2 tiba2 rasa sedih tanpa sebab..mgkn ganguan emosi & badan yg agak penat..tp bila melihat keletah anak...terubat semua rasa gundah..

Thursday, September 30, 2010

Bila Kita Sentiasa Positif & Tips Online Biz

Salam. Tajuk ni bukan apa-apa. Cuma tetiba terbayang apakah kesan bila kita sentiasa positif.
Dulu masa kerja kat Suleiman & Co. selalu terpikir, aku ni nak makan gaji kat sini sampai pencen ke?
Bila dah umur 40-an, dah tak produktif, takkan nak menempel lagi kat situ. Pastu set dalam minda, umur 35 tahun, nak berenti kerja makan gaji, nak kerja sendiri. Masa tu dah buat Log book utk jadi registered valuer.

Hatiku, 50% nak buat. 50% lagi bergantung pada keadaan & masa. Ketika itu, fikiran negatif mengatakan yang takkan berjaya jadi Registered Valuer (sbb rasa mcm tak berkemampuan). Kesan bila kita negatif, sampai bila-bila kita akan set minda kita yang kita takkan mampu buat. Kesudahannya, saya berhenti kerja tanpa menghabiskan Task&tidak menghadiri temuduga utk jadi Registered Valuer :(

Bila dikenang-kenang, memang rasa hampa sbb tak dapat buktikan kemampuan dalam bidang profesional. Sekurang2nya jika jadi Registered Valuer, saya mempunyai SIJIL yg bole jadi kebanggaan saya & satu kepuasan dalam kerjaya. Walaubagaimanapun, ia telah terkubur begitu sahaja. Saya tahu, ex-boss saya pasti hampa krn hampir 6 tahun saya berkerja sbg Penilai, akhirnya berakhir dgn noktah, di mana saya meninggalkan profesion tersebut tanpa menyudahkan kemuncak kerjaya saya.

Huhuhu~
Berbalik pada pemikiran positif, saya diasuh dari kecil dengan minat berniaga. Semasa umur 7thn, saya & adik lelaki membawa raga berisi barangan yang pelbagai, pusing keliling kampung.
Banyak mak cik2 di situ yang memuji kerajinan kami hehehe
Semasa di Suleiman & Co, saya membuat biz sampingan. Kalau ikutkan, macam2 kad keahlian ada, Tupperware, Syarikat Menang, Pengedar barangan corningware, produk kesihatan (Dr Rozmey), Alfio Raldo & mcm2 lagi. Bayangkan, ketika saya sarat mengandung, bole lagi ke hulu & ke hilir mengendong bag yang berat. Semua tu atas rasa positif, berdikari & mahu menambah pendapatan. Sebagai anak sulung, bukan mudah nak lalui kehidupan di kota besar. Takkan nak meminta-minta. Dengan gaji sebagai penilai yg pada perkiraan saya amat menyedihkan kerana hanya cukup-cukup makan (tanya la mana2 valuer, ini la hakikat, fresh graduate di bayar RM1200, senior ada le tambah skit2, lain la kalau registered valuer, baru la anda bernilai dalam dunia VALUATION)

2008/2009,
Saya bergiat cergas dalam menjual produk ajaib, produk Dr Rozmey. Income dr jualan amat memberangsangkan. Sebulan saya boleh dapat antara RM500-1000. Ketika itu saya selalu buka web Dr Rozmey sbb tak mahau ketinggalan mengetahui berita terkini. Pernah satu ketika, sedang saya asyik bukak web, ex-boss lalu kat belakang. Saya tak perasan. Dia nampak kot saya tgk Web tu yg memaparkan org berjaya dgn kereta besar. Lepas tu, dia panggil saya masuk bilik, terus tanya bkenaan Log Book sy utk jd registered valuer huhuhu~ agaknya dia nampak saya nak berjaya, mgkn mesej tak langsung dia memberitahu saya yg bila saya siapkan Log Book & registered, Income sy selepas itu boleh mengotakan semua impian saya :(

Walaubagaimanapun, saya sudah memilih jalan saya. Berbekalkan sikap positif, saya yakin saya akan berjaya dalam dunia biz. Saya jadikan ibu & ibu saudara saya sbg mentor. Saya selalu terpikir, jika ibu saya diberi pendidikan yg cukup, saya yakin dia bole mejadi Lawyer yg hebat. Kenapa saya kata begitu???
Kerana saya dah lihat sendiri cara ibu saya berniga (secara kecil2an, menjual brgn baru & terpakai di pasar pagi). Jika anda mendengar kata2 ibu saya, pasti anda tergoda utk membeli. Itu la kelebihan beliau. Saya selalu memasang telinga & memerhatikan cara dia meyakinkan pengguna mengenai brgn yg dijual. Selain itu, saya contohi sikap beliau yg suka bersedekah & tidak berkira dalam menjual barangan. 

Konsep biz yg saya jalankan berdasarkan pengamatan & pemerhatian dr cara org tua saya berniaga:

Tips Biz yg saya amalkan
  •  Sentiasa menjaga hati pelangan
  • Tidak berkira & banyak bertolak ansur
  • Niat Bersedekah dgn memberi hadiah tambahan
  • Merendah diri
  • Meletakkan kepercayaan pada pelanggan
  • Penghantaran barang dengan segera sebaik menerima bayaran
Insyallah, bermula hari ini, saya telah berniat utk update blog sekurang2nya 3 kali seminggu. 
Banyak reseller YM meminta nasihat bagaimana utk memulakan biz. Jika mahu membuat biz secara serius, ada beberapa langkah awal yg perlu dibuat,
  • Kenalpasti produk yg hendak di jual
  • Membuat pendaftaran syarikat- dgn cara ini keyakinan pelangan akan bertambah. Selain itu kita dapat memulakan langkah seterusnya utk membuka current account, krn jika nak buka acc ini, kita kena ada pendaftaran dgn Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat.
  • Membuka current account - dgn cara ini, semua transaksi duit keluar masuk dapat di buat melalui acc syarikat. Antara lain, memudahkan kita membuat pembayaran kpd pihak ketiga dgn menggunakan Cek Book :)
  • Jika membuat biz online, amat penting kita mempunyai acc dgn syarikat courier. Sesetengah Courier Company mahukan pendaftaran atas nama company cthnya SkyNet, Citylink & Pos Malaysia. Jadi jika kita dah daftarkan syarikat, amat mudah kita nak buka acc dgn syrkt courier. Apa kelebihan bila buka acc dgn syrkt courier? Mmmmm...sudah pasti caj postage yg dikenakan amat murah berbanding tiada acc. Ia tertakluk pada caj minimum setiap bulan yg berbeza utk setiap courier company. Caj ini juga berbeza mengikut cawangan/negeri. Saya penah menggunakan Kangaroo courier di mana caj yg dikenakan hanya RM6 utk 7kg pertama (tdk termasuk handling caj 25%). Skrg saya gunakan Citylink dgn caj yg lebih dr Kangaroo. Walaubagaimanapun, lebih selesa  dgn Citylink krn service yg agak baik dr segi masa penghantaran, dibekalkan dgn flyer yg bersaiz besar (kangaroo sediakan plastik kecil yg muat 4pcs cd sahaja huhuhu) Dgn flyer bersaiz 3 saya mampu isi 12pcs CD :) Mudah & jimat dr segi berat.
  • Membuat promosi di Mudah.com/ menyertai mana2 forum. Tapi sy tak aktif sangat cara ini. Mana yg email itu yg saya reply. Kenapa? Krn sy menjaga reseller saya. Jika saya mencari org lain, tetiba itu adalah "org" reseller sy, maka akan terjadi konflik. Tetapi jika mereka yg jumpa blog sy, kemudian email utk menyertai saya, maka itu bukan salah saya :) Konsep yg mudah difahami.
  • Jangan terlalu kerap membuat blogwalking!!!eh kenapa???jawapannya ialah, semakin banyak yg kita tahu mengenai pesaing, kadang kala ia akan menambahkan tekanan. Bila tertekan, kita tak dapat tumpukan pada biz kita. Elok utk mengetahui mengenai pesaing tetapi jangan terlalu terikut dgn cara mereka. Cthnya apabila pesaing2 mula menurunkan harga, kita panik & rasa down utk teruskan biz. Opssssssss itu cara yg salah. Jika kita rasa harga yg diberi terlalu tinggi, cuba bandingkan pesaing lain yg meletakkab harga yg sama tp masih mampu buat sale. Bagaimana mereka berjaya?Teknik melayan pelangan itu penting. Jangan terikut2 menawarkan harga rendah krn dalam dunia biz, kita perlu mementingkan diri, tetapi sbg manusia yg ada perasaan hormat menghormati, kita harus memikirkan tindakan kita. Jangan sampai tindakan kita umpama menabur pasir di periuk org lain. Mula2 kita mgkn gembira krn berjaya mendapat pulangan yg lumayan ttp dalam konsep agama, KEBERKATAN itu penting. Dgn cara menipu & menindas, rezeki tu berlalu mcm air....
  • Pada yg buat biz online, jalan mudah ialah membuat blog. Blog adalah platform terbaik utk kita promosi barangan kita :) Jangan kedekut utk membuat pelaburan awal dgn mengadakan contest & mengajak rakan2 blogger menjadi follower kita ;) Semakin ramai follower kita, semakin berkembang biz kita. Ini krn apa yg kita update dalam blog, akan diketahui oleh follower kita. Selain itu, elok juga membuat laman web. Lebih profesional & efektif.
  • Blog Peribadi. Jika saya membeli brgn secara online, saya akan mencari sebanyak mgkn details mengenai peniaga. Ini bg mengelakkan penipuan. Jadi, eloklah membuat blog peribadi di mana pihak pembeli merasa yakin kewujudan anda dalan biz online ;)
  • Mahir dgn internet banking ;) eloklah jika anda belajar cara2 utk access acc secara online krn biz online, semua dihujung jari, pembayaran & penyemakan pembayaran semua dilakukan secara online krn mudah & amat efektif. 
Dah panjang lebar neh...akan dtg sy akan update lagi....mata dah mengantuk...............

Ikhlas,
Linda aka MamaPayish

Thursday, September 9, 2010

Selamat Menyambut 1 Syawal + Titipan Buat XYZ

Salam..lama dah tak mencoret kata kat sini :)
Sempena 1 Syawal bakal tiba ni, mama ucapkan Selamat Menyambut 1 Syawal pada semua muslimin & muslimat :)

Akan pulang ke kampung esok pagi. Insyallah, pagi raya di Kampung en. somi di Trong & petang di Kpg Nendaku di Kpg Boyan :)
Seb baik kpg kami dekat2 je ;)

Itu je la nak coret kat sini. Td baru terjah blog seseorang. Bukan main kata supplier demand (daku la yg dimaksudkan tu). Tapi betul la kata adik mama dulu, Bila kita terlampau banyak ckp belit2, kdg2 kita sampai lupa apa kita cakap kat org lain..susahkan kalau jd gni?
Mama tak mo cakap banyak. Tapi kalau cakap belit2 (sembunyi fakta, bg alasan yg tak logik,bole reply msg tanpa segan silu dgn fakta tipu) sendiri kena pikir hati sapa tak terbakar kan. Nak raya ni maleh dah nak pikir benda2 remeh ni.
Tapi Tuhan tu maha Adil...semua tindak tanduk kita ada pengajaran si sebaliknya.
Jika kita mengunakan hak org lain utk keselesaan kita, jgn terkejut kalau ada org lain pun sanggup guna hak kita utk buat benda yg sama. Modal kita & modal org tak ble campur2, jangan terkejut kalau modal kita lak org lain campur utk kepentingan peribadi :) So jgn duk merungut yg kita ni kena aniaya je..kalau org tulis plak dia dianiya oleh org yg menulis tu mcm mana???
Baru taw mcm mana sakit ati kan bila modai kita org guna dgn cara pusing sana pusing sini
Tiap berlaku pasti ada hikmah..so plz dnt say mama demand k..
apa yg mama buat utk jaga kepentingan mama & hak mama
Kalau mama tak buat mcm semalam, belum tentu mama terima duit tu sblm raya kan.
Semua berlaku ber sbb.
So..jangan nak perli2 dalam blog...mama tak kuasa nak tulis, tp bila baca rasa terbakar jugak kan..eh mcm kita lak yg jahatkan...mcm2..manusia2..

Thursday, August 5, 2010

befday daku yg ke 30 :)

Salam semua :)
Citer ni dah dekat seminggu..
29hb Julai lepas genap umur mama 30 tahun :)
ush dah makin matang tua dah

Terharu ati neh sbb hubby ingat befday mama...
28hb Julai 2010
balik kije je muka hubby monyok ye..pastu asyik mengeluh sakit kaki :(
dah tu paksa mama buatkan air milo ais lak tu huhuhu
Dalam ati, gerenti dia tak ingat befday daku tengah malam neh huhuhu

Mmg pandai dia berlakon, buat muka toyo, pastu dalam kul 11.30 dia kata lapar nak makan kat luar..
mmg langsung tak syak apa2...

Dalam kul 12 tepat, mama terima Cal..

"Hapi beday S*** "

hehehehe berbunga2 ati daku neh, dia ingat rupanya ;P
Hubby siap tanya, dia org pertama wish kan..Ngeeeeeeeeeee

Lepas letak phone, sms masuk
"DA PEGI KAT CERMIN BILIK KITA, DA BUKA LACI NO. 3, BWH SEKALI.."

amboi, mcm treasure hunt plak :-p
TARAAAAAAAAAAAAA...ni yg daku jumpa
Masa dapat neh rasa terharu sangat, nak nangis pun ada..bukan apa..rindu lukisan tu..
dah lama dia tak lukih sejak kawin huhuhu~
Bila tgk je coklat dia bg, lagi rasa nak nangis..sbb tingat zmn cintan cinton dulu..
zaman belajo dlu, tak cukup wit, kalau nak pujuk mama, dia belikan muffin
hehehe poyo je nak cite zmn cinta2 hahaha
dalam duk belek2 kad tu tetiba masuk SMS lagi

"NAK MENARIK LAGI?DA BUKA BUCU KEPALA KATIL, SEBELAH DA SELALU TIDO"

Erkkkkkkk
mmg tak jangka dia beli neh
agaknya dia cian kot tgk mama duk pakai jam RM10 yg dah berlonggok dalam almari.
asyik rosak sbb kena air :-p
TQ Hubby..yg penting ucapan yg kau berikan..erkkkk bukan bermakna hadiah ni tak penting, tp kira hadiah ni satu bonus la (pulak hehehe)

tak lama pastu masuk lagi SMS
"NAK LEBIH MENARIK & TERTARIK?
DAH CUKUP AR....."
hehehehe ingat ada kejutan lagi hahaha

tapi paling best, payish jaga tepat kul 12.15 & tetiba cakap
"HAI"



Rupanya dia pun nak wish befday mama dia hehehe.....
7-8-2010 befday abah payish...mama duk menung pikir nak beli hadiah apa :p

P/s: harini merupakan ulangtahun ke-5 perkahwinan kami..Doakan kebahagian ini kekal ke akhir hayat...AMIN

Thursday, July 29, 2010

YA!ALLAH SYUKUR DI ATAS RAHMAT MU

SALAM
Detik ini genap 30tahun umur daku..alhamdulilah, Tuhan masih mengurniakan kesihatan yg baik, rezeki yang murah & kehidupan yg membahagiakan..Syukur di atas segala limpahan kasih sayang yg diberikan :)

Rindu pada MAMA ku..genap 30thn yg lalu, beliau berusaha mempertaruhkan nyawa utk melahirkan ku...budimu MAMA akan ku kenang hingga akhir hayat....

Tepat pukul 12 daku menerima panggilan tel dr husbandku...wish selamat ulangtahun...& ada kejutan2 kecil dr beliau...hehehe...nanti daku ceritakan..terlalu hapi!!!!terharu!!!


Tuesday, July 13, 2010

Ani Sup Utara

Penah dengar nama Ani Sup Utara????
hah ni la tempat MamaPayish & Abah Payish bawa mak tok payish, mak tam & mak usu makan.
Lokasi area Kelana Jaya

Komen : Kedainya amat chantek tp rasanya sup di sini kurang menyengat. Mama penah makan Sup Ani Utara kat Sek. 9 shah alam & sek. 7 shah alam..sup nye perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mmg best!!!

Payish & Nenel

Salam semua ;)
Ni gambar masa gie IKEA beberapa mggu lepas.
Gambo belah kiri tu Si Payish tengah layan mata :)
Sebelah kanan tu cousin Payish yg cumel bernama Nenel (Daniel)
ada iras tak????
hehehehe
Kalu duk sebelah2 org tak kata sepupu kot :-p
P/s: Payish, mama dengan penuh kesabaran, tetap menanti rambut mu lebat mcm rambut nenel huhuhu


Wednesday, July 7, 2010

Sport Car!!!

Nie entry ringkas je..pasal kete baru beli..hehehehe suspen je...bukan keta baru untuk mama hehehe kete mainan ayish :-p Kete ni ada remote control & ada pedal utk gerak secara manual :)
Mama beli kat reseller mama sebiji kete & 2 biji moto hehehe bunyi macam gerun je mcm beli kete real je hahahaha Ni gambo budak kecik ni bukan main syok dapat kete baru asyik sebut ngeng ngeng ngengggggggggggggg..bukan nak sebut Vroom vrooom vroommmmmmmmmmm hehehe
Layanzzzzzzzzzzzzzzzz


Moto sebijik lagi lupa nak Snap picture..ni moto merah milik Kak Rin Taiping ;) Esok nak pos kat dia. Sabar ye kak, tengok je dulu sampai meleleh air liur hehehe
Moto sebijik lagi mcm ni gak cuma ada belang kuning skit, mama nak bg anak Pak Ngah Ayish :)
Wokeh..tu je la...tata

Thursday, June 24, 2010

MENGENANG YANG LALU :)

Salam semua.
Ni entry berbau jiwa skit. Kalau tak tahan nak baca jangan baca yer hehehe
N3 ni berkenaan perjalanan permulaan perniagaan online yg mama mulakan pad bulan 7 thn 2009.
Bulan hadapan genap setahun mama menjalankan biz online.

dalam tempoh tsbt, mcm2 pekara yg berlaku. ada yg manis & ada yg pahit utk dikenang.
n3 ni tercetus selepas beberapa peristiwa yg berlaku akhir2 ini.

Mama mula terjebak dgn dunia CD selepas diperkenalkan oleh Puan Mardiana. Many thanks to Mandita poket sbb dialah yg membuka perjalan cerita CLOTH DIAPER ini.

Watak seterusnya ialah Puan Rin dr Taiping di mana dia antara penjual CD yg murah dengan ilmu. Macam2 mana tanya dia tetap jawap. Ketika itu mama gila CD jenama shinies yg ada di onlineshop beliau.

Dr dia mama pelajari lebih lanjut apa itu CD. Mama mulakan biz CD ni dgn bermodalkan 20pcs coolababy aio yg mama beli dr seorg peniaga online juga. ketika itu harga termasuk pos, kos jatuh RM28.50/pc....sakit sungguh nak jual masa tu :(

Permualaan biz, hampir sebulan tiada pembeli. CD mama tersimpan rapi dalam almari kaca. Adik lelaki mama datang rumah. Bila dia bertanya mama kata dah ada pembeli walhal satu cd pun belum laku huhuhu sbb malu, cover line la kata dah ada org beli..husband tak penah kata apa2..dia menyokong penuh apa yg mama buat :)

Org pertama yg buzz mama bkenaan CD ialah Puan Sara dr damansara damai. Ribuan tq kpd beliau krn memberitahu mama bkenaan no tel mama yg salah kat blog hwaaaaaaaaaaaaaa patut la tak penah ada org sms tanya CD :(
Dia org pertama yg memberi harapan nak datang beli CD mama :)
sampai skrg mama ingat dia & dia antara senior MP Reseller Team ;)

watak lain ialah pembeli Cd dr sabah. namanya kak CT. dia antara org terawal yg membeli cd dgn mama :) masa tu mama amat bersemangat nak kembangkan biz cd :) dia juga tlg mama belikan magnet cumel dr sabah. hehehe antara lain ialah pembeli CD secara ansuran hehehe watak spt syamila, farah, kak azima & ramai lagi yang sudi menyertai skim ku itu hehhe..

Mama penah pesan kat adik mama, andai apa2 blaku kat mama, cari Puan Sya dr Tganu sbb banyak maklumat penting mama dia yg jaga huhuhu kira mcm PA la :-p
Mekaceh sya..banyak sungguh pertolongan dia pada mama. TQVM Lap u hahaha

Oh ya!tak lupa juga kepada peserta2 contest awal MP Shoppe :) antaranya CT sifir yg membuatkan blog mama makin dikenali ketika itu (krn beliau ramai follower ;)
aiseh dah mcm ucapan pemenang anugerah apatah hahaha

Pembeli yg terawal yg amat mama ingati ialah Dr. Norley yg membeli CD dgn mama & memperkenalkan pula pada Dr. Dian :) tqvm krn menyokong mama sampai skrg :)

huhuhu tak lupa juga pada Puan Y...walau apa yg terjadi pd relation kami..dia antara org terawal yg membuka jalan pada mama dalam dunia CD. Kalau org lain, mama dah benci mama benci sungguh, tp dgn dia walau ada perasaan tak puas ati, jauh sudut ati mama yakin dia mmg teman yg baik :(

Kat atas watak2 penting perjalan biz online mama, kita beralih plak pada peritiwa pahit dalam biz CD. Mama hampir jatuh jantung bila ramai sms gtaw nama mama masuk forum. ada pihak tak bertanggugjawap telah fitnah mama. Lepas dr tu rasa down sangat. Tp alhamdulilah, dr sana la mama bangkit, nekad tak mahu mengalah sbb dalam dunia biz ni mmg begitulah adatnya. "daku tak suka kaco org...harap org lain pun takkan kaco aku" tu konsep mama. Itu belum watak tu menyamar nak mintak harga & kije2 bodo lain...tak yah citer la sbb dlu dalam n3 dulu2 dah janji tak mau ambil pusing hal watak ni :)

Selepas tu mama buat reseller program. Alhamdulilah, makin bertambah ahli. Cuma people come & go...mama tak bole halang reseller yg mula nak bkembang, krn satu tahap masing2 mahu mencapai tahap lebih baik, jadi banyak juga yg telah menyepi dr Reseller Team mama. W/pun, Tuhan itu maha pemurah lagi penyayang. Ada saja ahli baru yg sudi menyertai Mp Reseller Team ;)
Sejak mama buka kedai, rasa hapi sangat sbb dlu kalau nak antar brg, melalui pos sahaja, tak kenal muka..tp sejak ada kedai, yg mana duduk sekitar Kl selangor dtg kedai...wahhhh sonok sgt dapat jmpa borak2, dpt tukar2 pikiran sbb mereka2 ni terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat :)
Mereka pun  bebas dtg pada waktu urusan. Mcm dlu kat rumah takut mereka tak berapa selesa ;)

berbalik pd dunia biz ni, kadang2 mcm2 salah paham boleh terjadi :(
Mama sebaik mgkn nak jaga Reseller Team mama, cuma kadang2 bila ada yg bertanya quotation mama bg tup tup tu reseller kepada "Reseller" mama huhuhu...tp apa yg mama berani janji, mama takkan email mana2 blog utk ajak mereka join Reseller Team/bg quotation harga.
Mana yg email tanya, itu yg mama reply.

Ada satu peristiwa mama bgado dgn reseller dr neg hang tuah. Masa tu jiwa mama tertekan sbb org tu kata dia amik dgn Ejen Ipoh guna Kangaroo satu hari dah sampai. berdegup jantung mama sbb teringat reseller kat Ipoh huhuhu masa tu terniang2 kat telinga yg reseller ipoh penah gtaw "ku pujuk2 L*** melaka tu sbb dia hampir2 mrajuk kangaroo buat hal, lambat"....huhuhu sejak tu rasa bersalah sbb masa tu ah terpikir2 mcm2 dalam kepala. Rasa bersalah tu terbawa2, bila reseller melaka tu sms tanya soklan biasa2 mama melenting..sbb masa tu mama rasa bersalah, tertekan rasa tak best sbb dah dapat rasa mcm terambil reseller utama nyer reseller..huhuhu...Bila baca balik sms yg di hantar mcm ayat org kena rasuk huhuhu bodonye mama masa tu :(

Okey la...tu panjang lebar dah..sok mama sambung lagi...pada watak2 lain jangan bkecil ati..bila mama tak sebut tak semestinya mama tak ingat ttp kami berganti hari, watak2 ni silih berganti..tq pd semua yg terlibat dgn MP Shoppe :)
mama bangga ada kwn spt anda...
Free t kita sambung lagi yer.................
Ikhlas,
MP
 
(gambo interframe :-p) mama tersayang, dek tam, mamapayish

Tuesday, June 22, 2010

Befday Mak Usu Payish!


Ush...ada majlis makan-makan secara santai di Mp Shoppe bg meraikan ulangtahun adik bongsu daku, Hana yang  berusia 10 tahun :)
be gud girl k...rajin2 studi & jd org yg berguna :)
Okey..famili daku datang sempena cuti sekolah baru ni..
befday Mak usu payish pada 23/5/2010.
Kira mcm belated befday la ni.
3 majlis berasingan di buat utk meraikan hari lahir mak usu.
1 di rumah di Taman Yayasan & satu lagi majlis di umah datuk kami di Taiping (kebetulan mak long aku buat majlis sempena persaraan dia, kira menyelit sekali le ni hehehe)
Kek ni daku tempah dr Kak Azima
Yummmy!!!
sapa2 nak tempah ble klik kat sini

daku pilih konsep kartun Barbie yang cumel :)

 

Budak yang tak berapa ada rambut ni suka sangat makan kek. Tapi dia makan bahagian atas je, bahagian yg manis2 je...silap2 ble rongak gigi nanti hehehe




Sori ye..menyelit gambo jap;)

Bahagia Ayish di kelilingi org tersayang :)


Kebetulan kedai sebelah menyebelah adalah kedai makan,
jadi kami order je menu makan malam & minta dia hantar kat kedai :)
mak Tok & Tok Mas bukan main syok makan
ikan 3 rasa, tom yam, sup ekor bla bla bla...
wah....mengelupur kekeyangan lepas makan :)