My Life (PART 1)


Salam semua..aduhai lama sungguh daku tak update blog ku ini..asyik buzi update blog biz sampai personal blog ni dah bersawang :-p

Sebenar2nya tengah demam ni, tapi tak tahu la datang mana semangat hendak menaip. Mungkin kerana terlalu gembira untuk menyatakan sesuatu kepada anda sekalian :)

Esok merupakan hari terakhir mama akan bertugas sebagai Pegawai Penilaian di S&C, PCSB. Notis telah dihantar pada 15hb yang lalu. Sungguh2 mama telah nekad & menimbangkan banyak faktor sebelum membuat keputusan ini. Bukan Mudah, meninggalkan satu bidang yang telah diceburi hampir 6thn.

Sejak mama bekerja pada 2003, mama mempunyai Diari khas yang mencatat segala harapan & target kehidupan. Pada tahun 2003, daku menulis mahu bekerja & membantu menyelesaikan masalah kewangan keluarga yg kritikal (pembawakan dr ekonomi meleset tahun 1997-1998). Ketika zaman gawat tersebut, ayahku seorang Pesara Tentera terkena tempias yang amat teruk..Tapi mama bersyukur kerana dalam susah payah mereka tetap menunaikan tanggujawap  meghantar mama untuk menyambung study di Pusat Asasi Sains, University Malaya (1thn) & menghabiskan pengajian hampir 4thn di UM (Estate Manegement).

Zaman belajar bukan la sesuatu yg mudah bagi mama, teman2 serumah yang sama2 melalui memori dulu tahu bagaimana susah payah untuk survive di KL dgn tiada saudara mara disini. Sungguh KURUS daku ketika itu kerana menahan pelbagai dugaan kehidupan...

Alhamdulilah, Tuhan membuka laluan mudah kepada ku selepas itu. Mama practikal di S&C pd thn 2003 & terus di terima kerja di sana. Pada ketika itu, hidup mama sangat susah, amat sedih mengenangkannya. Badan kurus kering menahan pelbagai dugaan kehidupan. Mama merupakan anak sulung & menjadi sandaran keluarga utk membantu adik2. Mama dah terbayang kilang2 yang melambai2 andai mama tidak mendapat pekerjaan di mana2 tempat. Permulaannya, mama di bayar gaji RM850 selama 3 bulan sebelum confirm kerja. Pada ketika itu, mmg terasa amat sakit kerana terpaksa membayar sewa rumah, makan, tambang ke tempat kerja. Selalu mama akan mengelak utk keluar makan thari dgn alasan nak jaga badan walhal duit dah kering sangat2 :-p

Tetapi mama tetap bersyukur krn dr sanalah mama dapat meneruskan kehidupan, membantu keluarga menyelesaikan kemelut mereka & membantu adik2 menyambung pengajian masing2..Org yang menjadi penguat semangat ku ketika itu tdk lain tdk bukan my Hubby..hu3..sungguh banyak pengorbanan dia pada mama termasuk membantu mama dr segi perbelanjaan semasa belajar dulu.

Sekarang SYUKUR kepada ilahi kerana memberi laluan kepada mama mengharungi kehidupan yang lebih baik & mengembirakan. Kalau boleh, mama tidak mahu lagi melalui kehidupan yang amat memeritkan dahulu. Tiap2 insan akan melalui dugaan masing2 dalam kehidupan, & Tuhan tdk akan menguji manusia itu lebih dr kemampuannya...

Adik kedua ku telah berjaya tamatkan pengajian di UPSI & telah hampir 3thn bekerja sbg Guru. Skrg beliau juga banyak membantu keluarga ku. Adik yang ketiga akan habis pengajian di UiTM Shah Alam & akan menghadiri temuduga di SPA, mama doakan adik mama berjaya dalam apa jua yg diceburi :) Adik yang ketiga pula sedang menunggu keputusan SPM & yg bongsu masih bersekolah darjah 4.

Berbalik kepada Diari ku, pada thn 2003 mama menulis yg mama akan berkerja selama 2thn membantu keluarga & target 2005 utk berkahwin. Alhamdulilah, termakbul. Semasa baru berkahwin, mama ada berdoa selepas solat,

"Ya!Allah, berikan la daku zuriat setelah keadaan ku stabil"

Mmg benar la kata2 itu satu doa...selama 2thn lebih menanti baru mama mendapat zuriat. Pada ketika itu, mama selalu berdoa, Ya!Allah kurniakanlah daku zuriat...tp masih belum makbul...ketika itu..gaji mama masih belum stabil..& agaknya Tuhan telah memperkenankan doa mama yang pertama....thn demi tahun berlalu hilanglah satu hari baru mama teringat yang mama penah berdoa spt itu...mama menanggis semahunya..mama terpikir sepatutnya mama berdoa

"Ya!Allah, murahkanlah rezeki ku, kurnialah daku zuriat penyambung keterunanku & murahkanlah rezeki kami kelak!.....

Hari demi hari berlalu dengan hati yang lara menanti zuriat penyambung kasih...Mama & abah payish penah membuat pemeriksaan di LPKN, tetapi Doktor mengesahkan kami tiada apa2 masalah. Hinggalah pada satu hari, mama beli sebotol Air Mussofa & minum & berniat setiap kali solat.

Period mama mmg teratur hinggalah satu hari tu dah lewat hampir 2 mggu. Lepas sahaja lewat seminggu, mama & abah payish buat solat hajat tiap2 hari. Mama berdoa,

"Ya!Allah, daku mengambil keberkatan sempena Maulidur Rasul, kurniakanlah daku Zuriat...."

Ketika itu, sehari sebelum Maulidur Rasul. Mama kemudian membeli pregnancy test & amat hampa apabila hanya ada satu line sahaja..hu3..mama terus ke bilik air menahan sedey...tiba2 dengar abah payish panggil2 nama mama, mama keluar dgn muka sedey...

"Da tgk, ada 2 line lah!"
"hah, ye ke...hu3 (babak nangis takkan nak citer kan :P )

Punyala tak percaya kitaorg gie klinik..doc test & dgn muka selamba cakap, u pregnant, cnfm..pastu husband tanya, betul ke ni doc. Doctor tgk dgn muka heran, anak pertama ke??
Bila kami mengiakan terus dia jabat tangan suami, ucap tahniah..he3..dah tu dia bole tanya kenapa buat test lagi kalu dah taw result. Bila abah payish terangkan yg kami lama berkahwin baru dpt bb, barulah beliau paham kenapa kami berdua begitu teruja..hik3..


Thn 2006, mama target membeli sebuah rumah utk berteduh, alhamdulilah kami membeli sebuah Pangsapuri kecil yang bole muat kami 3 beranak :-p

Dalam diari thn 2003 juga tercatat, pastikan thn 2009-2010, tahun bebas hutang!
Ya!sejak bekerja bermacam komitmen dgn pihak bank, antaranya kereta, rumah, personal loan & hutang piutang dgn courts la, aeon la :-p

Alhamdulilah, thn ini hutang kereta burukku (kancil cumel yang telah ku tukar baju kaler Oren), personal loan & utang2 kecil lain hampir berakhir. Jadi terasa sangat lapang memikirkan tiada lagi komitmen yang boleh menghalang mama dr membuat apa2 keputusan besar berkenaan kehidupan. (bab umah berkecuali la yer, jarang2 kita dengar org beli umah cash :-P kecuali wit dah banyak hik3)
Ni nak citer pasal kete mama tu..hu3..mama namakan nye "iea" yang ku sayang..sangat2 memahami daku..ku namakan juga kete cari makan hu3..krn dia la daku dapat ke sana ke mari menjalankan lawat periksa di pelusuk negeri & dia sangat memahami bila daku memujuk jangan meragam kerana tuannya tdk punya uwang..tak penah daku perlu meminjam utk membaikinya krn dia hanya akan sakit apabila dia tahu tuannya ber uwang! sangat2 daku sayangkan dia, takkan ku jual walau apa terjadi!

Okey, kalian dah jemu membaca ke?terlalu panjang la pula ye...nantikan cerita tambahan mengenai Target kehidupan daku thn 2010 ke atas...harap impian akan menjadi kenyatan...daku membuat keputusan setelah mendapat restu ibu ku...bagi ku tiada yang lebih berharga dr IBU yang telah membesarkan daku dr sebesar tapak tangan hingga la dewasa...I Lap u Mama...

P

Post a Comment

4 Comments

ima-life said…
hiudp kiter akan berubah..biler ader anak..yg pasti rezeki akan bertambah
mcm aku masa anak sulung rezeki lain..anak ke2 dpt rezeki lain..anak ke3 kayooooooooo aden..alhamdullialh mmg rezeki anak2..so tuhan menentukan segalanya..berdoa dan bertawakal yek..moga sukses yer Linda
DNNA said…
Linda,

Teruskan perjuangan !!
You can do it !!
Senyum selalu :)
Kaklong Nuzula said…
Salam linda.

Sesuatu yg kita susah nak dapat tu mgkin kita akan lebih menghargainya n takkan sia2kannya... Allah SWT lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita...

BTW, all the best!!
Linda said…
salam semua, terima kasih atas sokongan anda :)
Doakan yang terbaik..daku doakan kalian juga berjaya dalam kehidupan masing2. AMIN