CITER KOSONG JER

Salam semua. Lama sungguh tak update blog he3..
Alhamdulilah, semua berjalan lancar. Kehidupan bekerja sendiri amat menyeronokkan. Cuma bab penat tu tak boleh nak cakap la hu3..MASA sentiasa mengejar kita, semua kena buat dengan pantas.

Sekarang dah ada pembantu di kedai. Adik mama yang baru abis belajo UiTM. Lega sangat2 sebab ada orang yang membantu urusan di kedai terutama apabila stok baru sampai. Sekarang ni biz CD semakin berkembang, syukur sangat (sbb dah niat nak buat dengan ikhlas, tak mo dengki2 & syarat, aku tak kaco orang, jangan org kaco aku hu3)...syukur pada yang Esa.

Kedai mama sewa tu jenis setingkat. Dekat dengan Giant Batu Caves. Jadi reseller yang tinggal berdekatan mudah nak datang. Walk-In customer pun dah mula meningkat :)
Pada Reseller yang setia, mama bukak tawaran join order direct China pada harga yang amat2 berbaloi...tp itu hanya terbuka utk Reseller Utama sahaja.

Bila bukak kedai, mama cuba bawa payish sekali, tapi Payish tetap Payish, dia menolong mamanya tak kira waktu hu3..sampai kat kedai pun dia bantu 'mengemas'..alih2 terpaksa jua hantar pada bbsitter dia sbb dia dah paham sangat peel si payish sbb dah jaga dr lepas pantang dlu. Nak antar kat Taska pun pikir 2x sbb si payish ni mmg ligat, risau tak dia buli org, org buli dia plak hu3...

Tapi kak kedai pun kalu bukakan CD upin & ipin senyap la dia. Pastu bagi mandi & ribakan bg tido..cuma masalahnya bila ym org dok Buzz tanpa henti hu3...rasa bersalah tak jawap persoalan2 mereka he3...

Kadang2 rasa bersalah juga sbb asalnya pikir bila berenti kerja, bole la jaga payish sepenuh masa, tapi keadaan tak mengizinkan..ingat lagi masa mama belum bukak kedai, terasa kemesraan yang erat antara mama & payish...hu3 tp bila fikirkan dr sudut positif, apa yang mama buat untuk masa hadapan dia juga :) so...lapang rasa dada...

Melalui hidup ni mcm2 dugaan kena tempuh..cuma sampai sekarang bila dah di tahap ni..mama terkenangkan seseorang yang mana mama rasa ralat sbb perkenalan dengan beliau terlalu singkat..ada keserasian bersama dia..tp dugaan persahabatan datang dalam perbagai bentuk..cuma jauh di sudut hati mama, masih yakin yang dia adalah antara 'sahabat' mama yang baik, cuma mungkin keadaan yang membuat masing2 terpaksa cari haluan untuk survive...Hanya Allah yang tahu...

Sekarang ni mama dah mula berjinak-jinak menjual beberapa barangan bayi, cuma mama ambil setakat untuk MP Reseller sahaja, kebanyakan modal dah di salur pd CD.

TQ tu my luvly family krn banyak membantu menyumbang modal, suamiku, babah, jai, mak mertuaku, adikku, hahahhahaa semua bg sumbangan modal agar mama dapat menjayakan cita2 mama :) TQ semua...

Selain itu, sokongan Reseller mama amat mama hargai..ada juga mini reseller yg mama bantu dr segi modal, agar mereka dapat menjadikan CD ni sbg sumber pendapatan...tapi mana yang mana mama dah kenal hati budi  la hehehehhe..sbb kalu nak taja semua, mau pitam mama hahahahaha...

Benar kata orang, selagi niat kita baik, apa yang kita buat akan mendatangkan kebaikan pada kita..
Rasa lebih bersemangat utk hadapi hari mendatang....

Regards,

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
wish u all da best..kedai maju..payish tu meh bg k.iela jaga..hahahah..kawan2 baby qis...kuang..kuang..kuang
Linda said…
TQ kak :) Semoga kita semua di berkati. AMIN :)