LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, May 24, 2010

IMPIAN JADI KENYATAN

Salam semua :)
Entah kenapa dah lewat malam tapi masih belum dapat lelapkan mata :-p
Macam-macam benda dalam kepala. Rasa macam tak percaya masa berlalu terlalu pantas.
Dulu selalu Mama berangan, kan bagus kalu tak payah bangun awal2 pagi berkejar ke tempat kerja,
kan bagus kalu duit valuation fees hasil kerja aku masuk poket aku hahahaha itu angan2 masa kerja kat Suleiman & Co. (Valuation & Estate Agent)

Tahun 2010,
mengubah semua jadual harian mama. Nekad tinggalkan kerja makan gaji & cuba nasib dalam bidang meniaga. Alhamdulilah, semua berjalan lancar. Harus Mama ingatkan dalam kepala dari awal2 dulu yang biz ni ada pasang surut. Apa yang ada sekarang HARUS di rancang untuk pelan jangka panjang.

Ada beberapa perkara yang mama dah rangka utk tahun 2010 & sebahagian telah dilaksanakan.

1. Mendaftarkan perniagan MAMAPAYISH SHOPPE ENTERPRISE sbb senang nak buat apa2 loan pada masa depan, mana tahu nak buat pinjaman perniagaan ke  (DONE)

2. Membuka Kedai agar mudah nak uruskan stok & sementelah dah full time biz, lefih fokus bila ada kedai. Tercunggap juga dengan perbelanjaan nak buka kedai, deposit sewa 2+1, deposit api & air, buat banner, sign board (belanja ini aje dah 1k huhuhu), perabot & alatan pejabat seb baik ada kedai perabot terpakai dekat area batu caves hehehehe  (DONE)

3. Bila dah full time biz dah tak ada potongan EPF, so mama dah buat skim simpanan dengan PRUDENTIAL BSN (DONE)

4. Mula pelbagaikan produk barangan bayi di mana mama teringin sangat nak jual barangan Breast Feeding tp sbb tak ada pengalaman rasa frust sangat, tunggu la anak ke2 esok!!.  Mama dah minta seorang rakan baik mama untuk deal beberapa barangan direct china, modal yang diperuntukkan amat besar, so mama dah ada PLAN B utk ini...BIARLAH RAHSIA  (OTW)

5. Satu PROJEK penting (long-term projek) yg sedang berjalan...Pelaburan mencecah 10k..Insyallah projek ini antara projek penting utk Mamapayish Shoppe :) ku suka berteka-teki (OTW)

6. Tiada liabiliti dalam masa terdekat, sbb semua liabiliti dgn En. Bank berakhir tahun ni!hapi!!!!!hidup bebas hutang :-p (hutang umah tak aci yer...30 years tu!!! hehehehe)

7. Mama dah set dalam buku TARGET, setahun setengah dari sekarang, mama harus kumpul RMXX dalam account. Jika ini tercapai, seumur hidup mama takkan menyesal berhenti kerja errrkkk adakah aku masih ragu2 dengan keputusan ku berhenti kerja???

8. Memberikan Payish adik erkkk..ni di kira Aset jugak ni hehehe..tp semalam baru terpikir, andai adik Payish dah pandai cakap..."Mama, napa nama kedai nama abg Payish...hwaaaaaaaaaaaaaaa apa nak jawap!!!!!"..
Pija tlg saya, anda tentu ada jawapannya.."Uwaiyst"....hehehehe

Cukup takat ni dulu la kot..nanti free sambung lagie...

.................................................................................

P/s: To all MP Reseller Team, TQ atas sokongan anda!!
Insyallah di MP Shoppe, segala perkara boleh dirunding :)



Regards,

3 comments:

Sitisifir10 said...

Uwaiys Optom dinamakan Uwaiys sebab nak menandakan usia dari mana kedai ni bermula...lepas sikit je mengandung dia we decided bukak kedai dan masa Arwa dah kluar baru boleh jadi kedai. Saja nak bg senang ingat. Bukan kita je guna nama anak, Sarakids mcm tu jugak tapi diorang dah decide nak kata Sara stand for Saiful & Fara :P

Linda said...

itu la kan pija..senang kita nak ingat sebagai penanda usia perniagaan kita :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila yg nak habiskan hutang CC tue yg sakit sbb suka shooping & screttttttttt