PAYISH TERKENA SERANGAN CACING :-P

Salam..
Dah lama tak update blog, dah bersawang pun huhuhu ~
Okey, nak cerita pasal Payish yang asyik mengaru2 bahagian ***buntut nye
Babysitter Ayish suh beli ubat cacing, katanya budak2 umur ayish mudah kena serangan cacing :-p



So mama pun search la kat Mr GoOgle info pasal masalah kecacingan ini.



Ok...ni antara info mama jumpa,



"Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak
terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang
tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang
bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah"



Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah) :-




  1. Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang boleh masuk hati dan paru-paru

  2. Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah

  3. Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus

  4. Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
(P/s: ni jadi kat ayish huhuhu)
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)



Apa yang anda perlu buat :-


1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada



Ada 2 jenis ubat cacing :-

1. Albendazole/ mebendazole



Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia bmki`menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.

2. Pirantel Pamoate



Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.




Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. cepat2 bawa gie Klinik... jangan jadikan anak anda mangsa cacing...



...............................

P/s: Mama dah belikan ayish ubat cacing "Albendazole/ mebendazole". Beli kat farmasi..utk budak umur setahun setengah kena bagi dalam 5ml je...Alhamdulilah, bila dah bagi tu Ayish dah tak mengaru bahagian TUTTTTTTTTTT he3...tp tu la...bau uk uk dia :-p nak pengsan weiiii
(MITOS: banyak cacing mati kot hahahaha)


Post a Comment

1 Comments

D'Sarah said…
bahaya gak cacing nie yer....
ingt lg masa kck2 dl kalu mkn ubt cacing rasa x mau ukuk...ghee..ngeri...
alhamdulilah ketiga-tiga anakku melalui pmeriksaan dokto xperlu mkn ubt cacing.