MENGENANG YANG LALU :)

Salam semua.
Ni entry berbau jiwa skit. Kalau tak tahan nak baca jangan baca yer hehehe
N3 ni berkenaan perjalanan permulaan perniagaan online yg mama mulakan pad bulan 7 thn 2009.
Bulan hadapan genap setahun mama menjalankan biz online.

dalam tempoh tsbt, mcm2 pekara yg berlaku. ada yg manis & ada yg pahit utk dikenang.
n3 ni tercetus selepas beberapa peristiwa yg berlaku akhir2 ini.

Mama mula terjebak dgn dunia CD selepas diperkenalkan oleh Puan Mardiana. Many thanks to Mandita poket sbb dialah yg membuka perjalan cerita CLOTH DIAPER ini.

Watak seterusnya ialah Puan Rin dr Taiping di mana dia antara penjual CD yg murah dengan ilmu. Macam2 mana tanya dia tetap jawap. Ketika itu mama gila CD jenama shinies yg ada di onlineshop beliau.

Dr dia mama pelajari lebih lanjut apa itu CD. Mama mulakan biz CD ni dgn bermodalkan 20pcs coolababy aio yg mama beli dr seorg peniaga online juga. ketika itu harga termasuk pos, kos jatuh RM28.50/pc....sakit sungguh nak jual masa tu :(

Permualaan biz, hampir sebulan tiada pembeli. CD mama tersimpan rapi dalam almari kaca. Adik lelaki mama datang rumah. Bila dia bertanya mama kata dah ada pembeli walhal satu cd pun belum laku huhuhu sbb malu, cover line la kata dah ada org beli..husband tak penah kata apa2..dia menyokong penuh apa yg mama buat :)

Org pertama yg buzz mama bkenaan CD ialah Puan Sara dr damansara damai. Ribuan tq kpd beliau krn memberitahu mama bkenaan no tel mama yg salah kat blog hwaaaaaaaaaaaaaa patut la tak penah ada org sms tanya CD :(
Dia org pertama yg memberi harapan nak datang beli CD mama :)
sampai skrg mama ingat dia & dia antara senior MP Reseller Team ;)

watak lain ialah pembeli Cd dr sabah. namanya kak CT. dia antara org terawal yg membeli cd dgn mama :) masa tu mama amat bersemangat nak kembangkan biz cd :) dia juga tlg mama belikan magnet cumel dr sabah. hehehe antara lain ialah pembeli CD secara ansuran hehehe watak spt syamila, farah, kak azima & ramai lagi yang sudi menyertai skim ku itu hehhe..

Mama penah pesan kat adik mama, andai apa2 blaku kat mama, cari Puan Sya dr Tganu sbb banyak maklumat penting mama dia yg jaga huhuhu kira mcm PA la :-p
Mekaceh sya..banyak sungguh pertolongan dia pada mama. TQVM Lap u hahaha

Oh ya!tak lupa juga kepada peserta2 contest awal MP Shoppe :) antaranya CT sifir yg membuatkan blog mama makin dikenali ketika itu (krn beliau ramai follower ;)
aiseh dah mcm ucapan pemenang anugerah apatah hahaha

Pembeli yg terawal yg amat mama ingati ialah Dr. Norley yg membeli CD dgn mama & memperkenalkan pula pada Dr. Dian :) tqvm krn menyokong mama sampai skrg :)

huhuhu tak lupa juga pada Puan Y...walau apa yg terjadi pd relation kami..dia antara org terawal yg membuka jalan pada mama dalam dunia CD. Kalau org lain, mama dah benci mama benci sungguh, tp dgn dia walau ada perasaan tak puas ati, jauh sudut ati mama yakin dia mmg teman yg baik :(

Kat atas watak2 penting perjalan biz online mama, kita beralih plak pada peritiwa pahit dalam biz CD. Mama hampir jatuh jantung bila ramai sms gtaw nama mama masuk forum. ada pihak tak bertanggugjawap telah fitnah mama. Lepas dr tu rasa down sangat. Tp alhamdulilah, dr sana la mama bangkit, nekad tak mahu mengalah sbb dalam dunia biz ni mmg begitulah adatnya. "daku tak suka kaco org...harap org lain pun takkan kaco aku" tu konsep mama. Itu belum watak tu menyamar nak mintak harga & kije2 bodo lain...tak yah citer la sbb dlu dalam n3 dulu2 dah janji tak mau ambil pusing hal watak ni :)

Selepas tu mama buat reseller program. Alhamdulilah, makin bertambah ahli. Cuma people come & go...mama tak bole halang reseller yg mula nak bkembang, krn satu tahap masing2 mahu mencapai tahap lebih baik, jadi banyak juga yg telah menyepi dr Reseller Team mama. W/pun, Tuhan itu maha pemurah lagi penyayang. Ada saja ahli baru yg sudi menyertai Mp Reseller Team ;)
Sejak mama buka kedai, rasa hapi sangat sbb dlu kalau nak antar brg, melalui pos sahaja, tak kenal muka..tp sejak ada kedai, yg mana duduk sekitar Kl selangor dtg kedai...wahhhh sonok sgt dapat jmpa borak2, dpt tukar2 pikiran sbb mereka2 ni terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat :)
Mereka pun  bebas dtg pada waktu urusan. Mcm dlu kat rumah takut mereka tak berapa selesa ;)

berbalik pd dunia biz ni, kadang2 mcm2 salah paham boleh terjadi :(
Mama sebaik mgkn nak jaga Reseller Team mama, cuma kadang2 bila ada yg bertanya quotation mama bg tup tup tu reseller kepada "Reseller" mama huhuhu...tp apa yg mama berani janji, mama takkan email mana2 blog utk ajak mereka join Reseller Team/bg quotation harga.
Mana yg email tanya, itu yg mama reply.

Ada satu peristiwa mama bgado dgn reseller dr neg hang tuah. Masa tu jiwa mama tertekan sbb org tu kata dia amik dgn Ejen Ipoh guna Kangaroo satu hari dah sampai. berdegup jantung mama sbb teringat reseller kat Ipoh huhuhu masa tu terniang2 kat telinga yg reseller ipoh penah gtaw "ku pujuk2 L*** melaka tu sbb dia hampir2 mrajuk kangaroo buat hal, lambat"....huhuhu sejak tu rasa bersalah sbb masa tu ah terpikir2 mcm2 dalam kepala. Rasa bersalah tu terbawa2, bila reseller melaka tu sms tanya soklan biasa2 mama melenting..sbb masa tu mama rasa bersalah, tertekan rasa tak best sbb dah dapat rasa mcm terambil reseller utama nyer reseller..huhuhu...Bila baca balik sms yg di hantar mcm ayat org kena rasuk huhuhu bodonye mama masa tu :(

Okey la...tu panjang lebar dah..sok mama sambung lagi...pada watak2 lain jangan bkecil ati..bila mama tak sebut tak semestinya mama tak ingat ttp kami berganti hari, watak2 ni silih berganti..tq pd semua yg terlibat dgn MP Shoppe :)
mama bangga ada kwn spt anda...
Free t kita sambung lagi yer.................
Ikhlas,
MP
 
(gambo interframe :-p) mama tersayang, dek tam, mamapayish

Post a Comment

3 Comments

business mmg banyak dugaan
sabar
ila doa lin berjayaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sampai bila2
D'Sarah said…
wah..syahdunyer bc alkisah ni...yg plg tharu bab org ptama yg memberi mu harapan..hehehe...
akn ku trs memberi sokongan padu...
Pija Madzlan said…
mcm kenal satu nama pulak org yg tersalah syarat masuk contest :P dlm ramai2penganjur contest, rasanya dgn linda je saya terus berhubungan sampai sekrang...haha...mcm ada hutang plak