LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, September 30, 2010

Bila Kita Sentiasa Positif & Tips Online Biz

Salam. Tajuk ni bukan apa-apa. Cuma tetiba terbayang apakah kesan bila kita sentiasa positif.
Dulu masa kerja kat Suleiman & Co. selalu terpikir, aku ni nak makan gaji kat sini sampai pencen ke?
Bila dah umur 40-an, dah tak produktif, takkan nak menempel lagi kat situ. Pastu set dalam minda, umur 35 tahun, nak berenti kerja makan gaji, nak kerja sendiri. Masa tu dah buat Log book utk jadi registered valuer.

Hatiku, 50% nak buat. 50% lagi bergantung pada keadaan & masa. Ketika itu, fikiran negatif mengatakan yang takkan berjaya jadi Registered Valuer (sbb rasa mcm tak berkemampuan). Kesan bila kita negatif, sampai bila-bila kita akan set minda kita yang kita takkan mampu buat. Kesudahannya, saya berhenti kerja tanpa menghabiskan Task&tidak menghadiri temuduga utk jadi Registered Valuer :(

Bila dikenang-kenang, memang rasa hampa sbb tak dapat buktikan kemampuan dalam bidang profesional. Sekurang2nya jika jadi Registered Valuer, saya mempunyai SIJIL yg bole jadi kebanggaan saya & satu kepuasan dalam kerjaya. Walaubagaimanapun, ia telah terkubur begitu sahaja. Saya tahu, ex-boss saya pasti hampa krn hampir 6 tahun saya berkerja sbg Penilai, akhirnya berakhir dgn noktah, di mana saya meninggalkan profesion tersebut tanpa menyudahkan kemuncak kerjaya saya.

Huhuhu~
Berbalik pada pemikiran positif, saya diasuh dari kecil dengan minat berniaga. Semasa umur 7thn, saya & adik lelaki membawa raga berisi barangan yang pelbagai, pusing keliling kampung.
Banyak mak cik2 di situ yang memuji kerajinan kami hehehe
Semasa di Suleiman & Co, saya membuat biz sampingan. Kalau ikutkan, macam2 kad keahlian ada, Tupperware, Syarikat Menang, Pengedar barangan corningware, produk kesihatan (Dr Rozmey), Alfio Raldo & mcm2 lagi. Bayangkan, ketika saya sarat mengandung, bole lagi ke hulu & ke hilir mengendong bag yang berat. Semua tu atas rasa positif, berdikari & mahu menambah pendapatan. Sebagai anak sulung, bukan mudah nak lalui kehidupan di kota besar. Takkan nak meminta-minta. Dengan gaji sebagai penilai yg pada perkiraan saya amat menyedihkan kerana hanya cukup-cukup makan (tanya la mana2 valuer, ini la hakikat, fresh graduate di bayar RM1200, senior ada le tambah skit2, lain la kalau registered valuer, baru la anda bernilai dalam dunia VALUATION)

2008/2009,
Saya bergiat cergas dalam menjual produk ajaib, produk Dr Rozmey. Income dr jualan amat memberangsangkan. Sebulan saya boleh dapat antara RM500-1000. Ketika itu saya selalu buka web Dr Rozmey sbb tak mahau ketinggalan mengetahui berita terkini. Pernah satu ketika, sedang saya asyik bukak web, ex-boss lalu kat belakang. Saya tak perasan. Dia nampak kot saya tgk Web tu yg memaparkan org berjaya dgn kereta besar. Lepas tu, dia panggil saya masuk bilik, terus tanya bkenaan Log Book sy utk jd registered valuer huhuhu~ agaknya dia nampak saya nak berjaya, mgkn mesej tak langsung dia memberitahu saya yg bila saya siapkan Log Book & registered, Income sy selepas itu boleh mengotakan semua impian saya :(

Walaubagaimanapun, saya sudah memilih jalan saya. Berbekalkan sikap positif, saya yakin saya akan berjaya dalam dunia biz. Saya jadikan ibu & ibu saudara saya sbg mentor. Saya selalu terpikir, jika ibu saya diberi pendidikan yg cukup, saya yakin dia bole mejadi Lawyer yg hebat. Kenapa saya kata begitu???
Kerana saya dah lihat sendiri cara ibu saya berniga (secara kecil2an, menjual brgn baru & terpakai di pasar pagi). Jika anda mendengar kata2 ibu saya, pasti anda tergoda utk membeli. Itu la kelebihan beliau. Saya selalu memasang telinga & memerhatikan cara dia meyakinkan pengguna mengenai brgn yg dijual. Selain itu, saya contohi sikap beliau yg suka bersedekah & tidak berkira dalam menjual barangan. 

Konsep biz yg saya jalankan berdasarkan pengamatan & pemerhatian dr cara org tua saya berniaga:

Tips Biz yg saya amalkan
  •  Sentiasa menjaga hati pelangan
  • Tidak berkira & banyak bertolak ansur
  • Niat Bersedekah dgn memberi hadiah tambahan
  • Merendah diri
  • Meletakkan kepercayaan pada pelanggan
  • Penghantaran barang dengan segera sebaik menerima bayaran
Insyallah, bermula hari ini, saya telah berniat utk update blog sekurang2nya 3 kali seminggu. 
Banyak reseller YM meminta nasihat bagaimana utk memulakan biz. Jika mahu membuat biz secara serius, ada beberapa langkah awal yg perlu dibuat,
  • Kenalpasti produk yg hendak di jual
  • Membuat pendaftaran syarikat- dgn cara ini keyakinan pelangan akan bertambah. Selain itu kita dapat memulakan langkah seterusnya utk membuka current account, krn jika nak buka acc ini, kita kena ada pendaftaran dgn Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat.
  • Membuka current account - dgn cara ini, semua transaksi duit keluar masuk dapat di buat melalui acc syarikat. Antara lain, memudahkan kita membuat pembayaran kpd pihak ketiga dgn menggunakan Cek Book :)
  • Jika membuat biz online, amat penting kita mempunyai acc dgn syarikat courier. Sesetengah Courier Company mahukan pendaftaran atas nama company cthnya SkyNet, Citylink & Pos Malaysia. Jadi jika kita dah daftarkan syarikat, amat mudah kita nak buka acc dgn syrkt courier. Apa kelebihan bila buka acc dgn syrkt courier? Mmmmm...sudah pasti caj postage yg dikenakan amat murah berbanding tiada acc. Ia tertakluk pada caj minimum setiap bulan yg berbeza utk setiap courier company. Caj ini juga berbeza mengikut cawangan/negeri. Saya penah menggunakan Kangaroo courier di mana caj yg dikenakan hanya RM6 utk 7kg pertama (tdk termasuk handling caj 25%). Skrg saya gunakan Citylink dgn caj yg lebih dr Kangaroo. Walaubagaimanapun, lebih selesa  dgn Citylink krn service yg agak baik dr segi masa penghantaran, dibekalkan dgn flyer yg bersaiz besar (kangaroo sediakan plastik kecil yg muat 4pcs cd sahaja huhuhu) Dgn flyer bersaiz 3 saya mampu isi 12pcs CD :) Mudah & jimat dr segi berat.
  • Membuat promosi di Mudah.com/ menyertai mana2 forum. Tapi sy tak aktif sangat cara ini. Mana yg email itu yg saya reply. Kenapa? Krn sy menjaga reseller saya. Jika saya mencari org lain, tetiba itu adalah "org" reseller sy, maka akan terjadi konflik. Tetapi jika mereka yg jumpa blog sy, kemudian email utk menyertai saya, maka itu bukan salah saya :) Konsep yg mudah difahami.
  • Jangan terlalu kerap membuat blogwalking!!!eh kenapa???jawapannya ialah, semakin banyak yg kita tahu mengenai pesaing, kadang kala ia akan menambahkan tekanan. Bila tertekan, kita tak dapat tumpukan pada biz kita. Elok utk mengetahui mengenai pesaing tetapi jangan terlalu terikut dgn cara mereka. Cthnya apabila pesaing2 mula menurunkan harga, kita panik & rasa down utk teruskan biz. Opssssssss itu cara yg salah. Jika kita rasa harga yg diberi terlalu tinggi, cuba bandingkan pesaing lain yg meletakkab harga yg sama tp masih mampu buat sale. Bagaimana mereka berjaya?Teknik melayan pelangan itu penting. Jangan terikut2 menawarkan harga rendah krn dalam dunia biz, kita perlu mementingkan diri, tetapi sbg manusia yg ada perasaan hormat menghormati, kita harus memikirkan tindakan kita. Jangan sampai tindakan kita umpama menabur pasir di periuk org lain. Mula2 kita mgkn gembira krn berjaya mendapat pulangan yg lumayan ttp dalam konsep agama, KEBERKATAN itu penting. Dgn cara menipu & menindas, rezeki tu berlalu mcm air....
  • Pada yg buat biz online, jalan mudah ialah membuat blog. Blog adalah platform terbaik utk kita promosi barangan kita :) Jangan kedekut utk membuat pelaburan awal dgn mengadakan contest & mengajak rakan2 blogger menjadi follower kita ;) Semakin ramai follower kita, semakin berkembang biz kita. Ini krn apa yg kita update dalam blog, akan diketahui oleh follower kita. Selain itu, elok juga membuat laman web. Lebih profesional & efektif.
  • Blog Peribadi. Jika saya membeli brgn secara online, saya akan mencari sebanyak mgkn details mengenai peniaga. Ini bg mengelakkan penipuan. Jadi, eloklah membuat blog peribadi di mana pihak pembeli merasa yakin kewujudan anda dalan biz online ;)
  • Mahir dgn internet banking ;) eloklah jika anda belajar cara2 utk access acc secara online krn biz online, semua dihujung jari, pembayaran & penyemakan pembayaran semua dilakukan secara online krn mudah & amat efektif. 
Dah panjang lebar neh...akan dtg sy akan update lagi....mata dah mengantuk...............

Ikhlas,
Linda aka MamaPayish

4 comments:

joe@azamaju said...

salam mamapayish..
info yang berguna..terima kasih..
semoga biz terus maju jaya..

D'Sarah said...

sikit sebanyak dpt membantu..tq lin...

Linda said...

Joe: TQ Joe :). Moga biz Joe pun semakin maju jaya
Dsarah: TQ sudi menjenguk :)

SYaMiLa said...

salam lin..byk tips tu...tq..