LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, October 31, 2010

SEKINCHAN IKAN BAKAR

Salam :)
Hari ni mama kekenyangan makan ikan bakar kat SEKINCHAN IKAN BAKAR, Cawangan Gombak.
Abah Payish pilih ikan Kerapu saiz sederhana & kerang.
Komen kami?
Memang betul la ikan nye sangat segar, manis & lazat :)
Berapa harga kami makan utk 2 org?
Kerapu RM27, Kerang RM8.++, Nasi RM1 sepinggan x3 pinggan, Ulam RM1.
Air RM2 segelas (teh ais & lemon ice)
Total dalam RM43.++
Rasanya berbaloi kot dgn kelazatan nya

Saturday, October 30, 2010

Old Town Coffee

Salam. Dah lama mama tak gie makan kat Old Town Coffee, so semalam ajak abah payish gie makan kat sana. Waktu tu belum kul 12. Abah payish makan nasing+rendang ayam. Mama makan nasi+kari ayam. Bole tahan la rasanya, tapi tak la sedap sangat :-p

MP

Sunday, October 24, 2010

SAYANG, I LAP U ;)

Salam :)
Amboi tajuk entry tak tahan kan?hahahaha~
Hari ni mama berdating dgn abah payish.

Kami berdua keluar berdua gie Jusco Wangsa Maju. Tujuan utama keluar ialah mencari seluar jeans utk payish sbb skrg dia dah melonjong, semua seluar dah pendek. Bila seluar labuh, pinggang lak besar jadi terpaksa la beli tali pinggang pula :)

Bila dah dapat cari barang payish, kami berdua makan NANDO'S :) ush berdua je taw. I renung U, U renung I...hahahaha rasa mcm bercinta lak. Sambil makan borak2 kosong & gelak2 hahaha rasa hapi sangat :) Rasanya sekali sekala kena keluar berdua mcm ni utk eratkan lagi hubungan kami :)

Sebenarnya, dah 3 hari abah payish busy tahap gaban sbb nak siapkan kerja yg ada. Al-maklum, nak masuk ujung bulan nak kena submit file. Tadi pagi mama masakkan nasi lemak utk sarapan pagi. Kesian pulak tengok dia duk serabut menaip report je, jadi mama masak la :) sbb dia mmg suka sangat kalau bini dia masa neh sbb bole bilang dgn jari berapa kali masak dalam sebulan kwang3

Dalam kul 1.30ptg bbsitter payish dtg ambil dia sbb nak bawa gie kenduri kahwin. Itu yg timbul idea mama nak ajak abah payish keluar. Dalam ati kesian tgk dia asyik duk menaip report, so nak bg dia rest jalan2 kat luar.

Okey, berbalik lepas makan ptg kat Nandos, cadang nak tgk wayang..so kami pun gerak la ke Brem Mall Kepong. Masa tu dah pukul 5.45 ptg. Alahai..cerita tengah tayang citer Omputeh You And I..ah mcm bosan je tgk barisan pelakon, terus tak jadi tengok..citer lain ada tp jam 7pm ke atas..ush lambat sgt, tak mo la, kang duk tingat kat payish je...So kami jalan2 la dalam komplek tu. Beli mouse lap top & barang kat Guardian. Skrg neh gila beli brg kat guardian sbb nak kumpul setem, dapat tebus anak patung hahahaha.

Sepanjang perjalanan balik duk usha kete Naza Forte kat jalan..hahahaha ati besar nak kete besar, tapi sekadar impian je la :) Tp kalau ada rezeki rasa tingin gak ekeke
Tapi tak salah simpan angan2 kan, mana taw impian jd nyata :)

Okey..takat nie dlu la ye...nanti free sambung lagi :)

Saturday, October 23, 2010

ALHAMDULILAH

Salam Semua..walaupun hari ini Sabtu, bole lajak tido, tapi tak dapat lelap mata. Lepas subuh tadi, terus on Lap Top. Alhamdulilah, niat utk salurkan keuntungan DyanaMP 1st batch dah tertunai. Semoga semua yg terlibat mendapat keberkatan. AMIN

Hari ini ada juga buat blogwalking blog kengkawan. Ada follow blog seorg customer yang penah beli cd di Mp Shoppe. Beliau buat biz Cat di bandar Temerloh. Bila baca catatan dia, rasa bersemangat utk teruskan biz neh. Dugaan yg pelbagai melanda. Mama paham benar rasanya bila perkara sebegitu terjadi. Tapi bila dipikirkan bila lagi nak ambil jalan yg berduri jika ganjarannya berbaloi.

Sangat berbeza makan gaji & bekerja sendiri. Masa yg lebif fleksibal & kita berkerja utk poket kita sendiri. Jadi, motivasi diri tu sangat tiggi. Pulangan berniaga 4-5 kali ganda dari gaji mama dulu. Walaupun kerja di tempat lama gajinya ciput, tp bila dihitung2 dgn ilmu yg mama dapat, kiranya benda tu jadi 0-0. Di tempat kerja dlu, tiada tekanan kerja melampau, itu sbb mama lama bekerja di sana.

Alhamdulilah, semua berjalan lancar sekarang. Cuma kadangkala agak penat kerana menguruskan kedai seorang diri. Belum dapat pembantu. Susah nak cari pembantu yg boleh dipercayai. Setakat ni masih bole uruskan sendiri, jadi mama buat mana yg patut dlu. Kalau nak cari pembantu pun mungkin utk urusan pembersihan kedai, seminggu sekali.

Paling best kalau reseller dtg kedai, ada juga teman berborak, cuma kalau diorg dtg kul 4 ke atas mmg mama free tp kalau sblm kul 4, agak terbatas masa skit sbb busy dgn packing brg2. Bila buat offline ni mcm2 org dah jumpa :) Seronok dapat tambah kenalan dr pelbagai latar belakang. Ada juga yg dr Kelantan, Melaka, Penang, Pahang dan merata negeri yg singgah ke kedai mama. Sambil ada tugasan lain di KL, mereka meluangkan masa menjengah kedai mama :) TQ uols

Okey, nanti free mama sambung lagi...nak mengemas rumah :)
Salam




Thursday, October 21, 2010

SAKIT TEKAK

Cuaca sekarang kurang menentu..tekak rasa kering..payish pun masih batuk tapi alhamdulilah dah kurang dr 2 hari lepas. Abah payish pun mengadu sakit tekak.
Untuk elak tekak kering..mama kerap mnum air masak & air suam..
Pada kawan2 jangan lupa jaga kesihatan anda..bila dah ditarik kenikmatan kesihatan yg baik..barulah tahu betapa sukar menjalani kehidupan..sentiasalah bersyukur dgn kesihatan yg baik yg dikurniakan Tuhan & berusaha membuat kebaikan.
Salam Sayang...

Thursday, October 7, 2010

Esok Balik Kampung???

Salam Semua...
Semalam En. Hubby tanya mama, nak balik kpg ke?
Aduhai, kalau jadi la balik esok malam...bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Mintak2 la tak ada halangan..huhuhu nak balik, nak balik, nak balik...

Tuesday, October 5, 2010

HARI MENDUNG

Salam. Hari ni cuaca mendung bertukar menjadi gelap..hujan turun dengan lebat di area Batu Caves.
Seharian membuat kerja packing & melayan customer yg dtg...sehingga satu tahap rasa tak tertahan, mama tel babah payish...kebetulan dia dah abis kerja, jadi dia dtg ke kedai & bantu mama bawa brg yg hendak di pos menggunakan Pos Laju. Banyak juga parcel yg keluar hari ini..Rezeki mengalir masuk seperti air hujan yg turun ...Tetapi ada peristiwa kurang menarik berlaku hari ini. Tak mahu dipikirkan krn apabila dipikirkan akan menyebabkan badan yg sedia letih semakin letih..Ya!Allah kuatkan hatiku melalui detik2 sukar & kurniakan la daku kesabaran utk menempuh segala ujian mu...

Monday, October 4, 2010

TIADA LAGI ISTILAH BLACK MONDAY :)

Salam :)
Monday...adalah hari paling sibuk. Semua order terkumpul dr hari jumaat petang-ahad harus diselesaikan pada hari Isnin. Dulu sewaktu bekerja makan gaji MONDAY adalah BLACK MONDAY tp bila kerja sdiri ni, tak sabar nak keluarkan stok pada hari MONDAY ;)

Hari ni bermula jam 10.30-9.30 malam ada di kedai. Banyak stok keluar & melayan reseller yg dtg utk ambil stok. Alhamdulilah, itu semua rezeki dr Allah S.W.T.
Penat??hanya Allah jua yg tahu...tapi tdk boleh merungut..krn setiap yg rezeki yg diberi adalah rahmat yg tdk ternilai.

Nanti free mama update lagi....
Hadapi hari2 anda dgn perasaan gembira, Insyallah kegembiraan akan sentiasa menemani kita. Kesedihan & kemurungan hanya akan melemahkan hati kita...Banyakkan mengingati pd yg Esa..krn dia tdk penah melupakan kita..hambanya..
Mama sendiri kdg2 tiba2 rasa sedih tanpa sebab..mgkn ganguan emosi & badan yg agak penat..tp bila melihat keletah anak...terubat semua rasa gundah..