LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, December 28, 2010

Apa Salah Untuk Sihat :)

Salam..lama dah tak citer2 kat blog neh..
Nak share psl minuman kesihatan...dlu balik dr kerja je..badan rasa lemau..penat...letih..tp alhamdulilah dalam masa tak sampai sebulan, lepas amik minuman kat bwh ni..rasa lebih bertenaga & sihat ;)
Biarlah kat luar gemuk badan sekali pun, janji kesihatan dalaman terjaga..hehehe..bila kita sihat dalam, akan terpancar dr wajah kita..ewah mcm ayat iklan..serius, benda ni bukan sbb aku ada jual produk2 ni..tp lebih atas rasa nak share kebaikannya..biarlah keluar duit janji aku sihat :)..kalau duit ada, badan sakit pun tak guna kan ekeke..
Cocoa Collagen ni au beli dgn harga RM53, dapat 3 kotak. 1 kotak ada 10pek. Rasanya mmg enak..mcm koko+kopi arabic...bg aku mmg murah sbb RM53 ini utk kegunaan sebulan... Setakat ni dah mnum 2 kotak. Kalau baca testimoni aku menjuih mulut je..ala betul ke testi2 ni..tp bila dah guna sendiri, aku dpt rasa tumit kaki tu makin pulih, pastu kulit rasa licin sikit..yg lain2 tu tak yah citer la kot kan..sbb semuanya mmg utk kebaikan dalaman :)

Perapat Atika Beauty tu aku beli RM35 sebotol. Pagi mnum 10ml perapat ni, malam aku mnum NFA nye produk. Perapat tu rasanya sedap (kat tekak aku le)..ada baca kat forum2 ada yg tak suka rasanya...atas orgnya...NFA tu bg aku rasanya tak best tp sbb ada campuran pelbagai herba aku paksa mnum gak la..akak yg jaga kedai ubat tu gtaw produk NFA antara produk yg terlaris..kedai ubat ni sebaris je dgn kedai aku. Harga dia dalam RM60++ tak silap.
Alhamdulilah...semua ini membantu mencergaskan badan aku :)
Kalau korang nak taw kebaikannya nye..cuba la..tp aku lebih suggest amik cocoa collagen & NFA ..kat blog/kedai2 ubat byk jual..tp Awas dgn produk tiruan sbb ada baca cocoa collagen tu ada yg tiruan.

Monday, December 6, 2010

Penyakit

Salam. Hari ini kepala Weng sikit. Byk pikir benda2 yg tak patut di pikir. Dalam usia 30thn neh, patutnya kena pikir benda2 yg lebih ke depan, tapi kadangkala kena jd budak2 sbb melayan kerenah budak muda yg kerek2. Alahai apa la yg aku tulis neh?Hmm...

Panas Telinga?
Mmmm...kenapa cepat nak melenting?kenapa cepat rasa nak mendidih je darah neh. Sejak akhir2 ni cepat benar rasa nak marah2. Tapi bukankah dr rasa marah syaitan mudah menguasai kita?Jauhkanlah...

Hari ini sampai terpikir, kadang2 ada duit dalam poket pun pening, tak ada duit pun pening. Bila ada duit & mula nak expend pada benda2 yg sepatutnya kita dapat, dah ada plak mata2 pandang serong. Susah nak tulis dgn jelas satu2, biarlah jadi berbelit2 sbb itu lebih buat hati aku rasa tenang.

Bila berjaya & cemerlang dalam kehidupan, kenapa ada yg tak mahu share rasa Happy?kenapa nak salahkan aku atas kejayaan aku?Tak perlu bgtaw hidup ini mcm Roda sbb aku sdiri sedia maklum bahawa kehidupan ini satu perjalanan yg jauh & panjang..destinasi yg kekal adalah hanya pada-Nya.

Aku juga manusia biasa..sedang musabahah diri, mgkn tindak tanduk aku yg buat insan sekeliling rasa tersingung?
Tanpa aku sedar, mungkin...

Ya!Allah, berikanlah laluan yg baik padaku..sesungguhnya siapalah kita utk menilai diri sendiri, kita hanya nampak salah org lain mgkn, tp salah kita?Ya...aku juga cuba mencari2 salahku utk diperbaiki..krn setiap malam sebelum tido, selalu aku terpikir...andai Tuhan mengambil nyawaku keesokan harinya..sempatkah aku memperbaiki segala kekurangan ku dalam mengabdikan diri pd-Nya...Semua itu Rahsia Allah...yg mahu ku teruskan Doa yg tdk putus pada-Nya..

Thursday, December 2, 2010

Payish Masuk Wad

Salam. Lama sungguh tak update blog neh :)
Byk peristiwa berlaku sepanjang beberapa mggu kebelakangan ni. Bkenaan kesihatan aku & anak, bkenaan kerja & mcm2 lagi.

3/11-6-11 aritu Payish kena warded kat Hosp Selayang. Demam tarik :(
Masa tu dah mengeletar seluruh badan aku & rasa dunia gelap je. Dia kejung masa dlm buai, mata ke atas & bdn merengkok :( Ya!Allah bila dikenang balik rasa tak sanggup nak lalui lagi.

Payish ni anak yg cukup aktif, sihat ke sakit ke, ligat nye mcm tu jugak. Cuma masa tu badan dia mcm panas dedar2 (panas dalam), main mcm biasa cuma ada la serba tak kena skit. cthnya dah buat susu dalam botol biru nak suh tukar botol hijau, pastu kata nak yak2 bila bawa ke toilet tak mau plak..

Aku & hbby panik sampai abah dia pakai kain pelekat & aku pakai baju & tudung terbalik. Nsb baik la klinik dekat dgn rumah. Lepas Dr bg injection dia menangis tak henti2. Masa sampai kat klinik, suhu badan dia 39Celcius. Dr kata kalau dia dah menangis tu dah Ok tp tetap kena refer hosp. Dalam panik2 aku tak bawa duit langsung, jdnya aku gi ATM dgn adik aku nak cucuk duit. Masa tu Q pjg kat mesin ATM, jd amik masa agak lama kat ctu...

Tp paling aku terharu ada seorang mak cik ni sanggup bayarkan Bil klinik & offer bawa hbby ke hosp selayang. Ya!Allah dalam dunia serba pentingkan diri di KL neh, ada juga insan berhati mulia mcm mak cik ni. Kebetulan aku ada terbawa hp dalam poket, husband aku minta mak cik ni col aku & aku sempat ambil mereka & bw ke hosp terus. Aku hulurkan RM60 duit bil klinik ni tp anak mak cik ni menolak dgn baik...terharu aku.... Teman yg sebenar ialah yg sanggup susah & senang..tanpa pertalian dia membantu atas rasa ehsan sesama manusia...Semoga Allah sahaja membalas budi baik mereka Selepas keluar wad aku tetap col utk masukkan duit tu tp beliau ikhlas menolak dgn baik. Tetiba2 aku teringat semula apa yg aku belajar masa di Form 5 dlu dalam subjek Sastera. Nilai2 murni & pengajaran..sungguh byk nilai2 murni yg aku kutip dr peristiwa ini :(

Payish di masukkan di Wad 6C. Di sana aku melihat kanak2 kecil yg melalui perbagai cerita sendiri. Di depan katil payish, ada baby berumur 1thn 3bulan menderita penyakit buah pinggang di mana sebelah dr pinggangnya mmg tdk ada dr lahir & sebelah lagi rosak :((
Bergenang air mata aku saat menulis ini...betapa hebat dugaan yg diterima ibu baby itu...Semoga Allah menguatkan ati tiap2 hati dari kita melalui ujian..Pelbagai lagi kes2 yg ada di hosp & membuat aku terpikir, bagaimanakah kita apabila Tuhan menarik kembali NIKMAT KESIHATAN yg baik?? Ya!Allah......

Lepas peristiwa tu, kalau payish demam skit je terus bw klinik. Aku pun dah beli alat ukur suhu badan & ubat bontot (kalau badan panas masuk ubat kat bontot utk kurangkan panas).

Pesanan aku, kalau anak nampak sihat mana sekalipun, kalau dah namanya DEMAM mmg kena jaga sungguh2. Patut la dlu mak aku selalu citer kalau kami demam masa kecik2 dlu dia sanggup tak tido jaga kami :( TQ mama....skrg dah paham kenapa mama kata gtu...huhuhu

Service Hosp Selayang mmg amat baik & Dr sangat2 prihatin. begitu juga nurse kat sana. Aku col Ejen Insurans yg uruskan bkaitan Medic Card Payish, minta pendapat sama ada nak trfr ke private hosp/stay kat hsp selayang. Dia tanya mcm mana service kat sana, aku jwp sgt2 Ok. Bila dengar aku ckp gtu dia kata elok stay aja kecuali service tak bagus, dapatkan surat pengesahan utk trfsr.

Masa kat nak daftar masuk Wad aku rasa mcm duit yg aku cari selama ni & niat utk kesenangan dia mcm tak ada erti :( terus aku niat jika dia sembuh aku nak masuk korban 1 bahagian utk dia..alhamdulilah termakbul...

Masa di wad husband aku sentiasa ada di sisi menemani payish. Kami bergilir jaga pada waktu malam. Alhamdulilah semua dah ok dan selepas 6 hari Payish dibenarkan pulang. Ejen Insurans col & minta semua details utk buat claim elaun payish masuk wad, dalam RM500 gak. ..seb baik dia sekadar demam panas, jika ada penyakit kronik yg lain???Masa ni baru aku terpikir betapa pentingnya medic Card ni
Ya!Allah jauhkanlah..ini sekadar persedian jika ada apa2 perkara yg tak dijangka berlaku...

Masa di hosp juga kami dpt col yg Car Loan kami dah approve..tp berita yg ditunggu sblm tu rasa hambar ...mgkn masa tu masih terkejut dgn kejadian ini..Sebelum ini kami sepakat nak beli kereta ini sbg lambang hasil titik peluh kami. Alhamdulilah, Selepas Payish keluar kereta Kia Forte 1.6SX ni menjadi milik kami.


Dugaan, ada kesedihan, ada kegembiraan...Ya!Allah...ku serahkan segalanya kpd Mu krn segala yg berlaku pasti ada hikmahnya.....AMIN