LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, February 28, 2011

Preggy Moment

Salam...aduss..betul2 dah bersawang blog daku neh...
2 mggu lepas kesihatan daku mmg amat teruk..alahan yg bermula awal..usia kandungan baru 1bulan lebih..tp alahan dr pagi-malam...muntah2, loya, sebu, tak bermaya, rasa malas..mcm2 lagi perasaan..

Sedikit sebanyak ia mengangu rutin harian daku..tp daku kuatkan hati krn ini dugaan utk ukur sejauh mana kesabaran setiap insan bergelar wanita, isteri & ibu..

Syukur alhamdulilah..mggu ni..genap 2 bln usia kandunganku..berita kehamilan ni diterima dgn penuh kesyukuran & kebahagian krn aku & suami mmg telah lama merancang utk memberikan Payish adik.

Daku mencari tip2 di internet, bagaimana utk mengurangkan alahan..Alhamdulilah..berkat membaca & mencuba beberapa tips..alahan ku semakin berkurangan..setiap 2jam aku mengambil makanan dalam kuantiti yg sedikit..utk memastikan perut tdk kosong..selain itu aku juga mengambil ubat tahan muntah & ubat angin yg diberi oleh Doctor..ubat2 ini mmg boleh diambil atas nasihat Doctor.

Selama 2 minggu, minyak angin, balm pala, minyak yuu yee & seangkatan dgnnya jd peneman..bau minyak wangi, pelembut pakaian spt Downy, sabun mandi...semua berbau amat bucuk..spt bau yg amat di benci!!!
Alahan kali ni lebih teruk dr alahan semasa mengandungkan Payish..

Urusan kedai juga agak terganggu krn keadaan kesihatan ku yg tak menentu..en hbby kalau boleh nak aku berehat selama seminggu & menutup kedai...ttp kasihan pula pd pelanggan terutama Reseller yg akan terputus stok..jdnya, aku teruskan juga menjalankan operasi kedai..cuma waktu urusan bermula lambat sekitar 12thari-1thari & akan ditutup sekitar 5/6ptg...

Oleh krn keadaan kesihatan ku ini...sale agak menurun bulan ni..tp tak apa lah..Rezeki dr Allah tu sentiasa ada..Insyallah digantikan dlm bentuk yg lain...

Okey...setakat ni dlu...ni pun dah terasa nak tido sahaja...nasib baik skrg dah ada pembantu di kedai..dia la yg byk menolong urusan packing...
Sekian..

Sunday, January 16, 2011

New Year : Teluk Batik, Perak ;)

Salam :)
Nie Citer 2 mggu lepas..baru ada masa nak upload hehehe
Okey..1/1/2011 kami raikan di Telok Batik, Perak
Gie dgn Mak Tok Payish, Mak Lang & Mak Usu

Sebelum bertolak, kami pekena breakfast kat kedai makan area SIMPANG :)

Amboi..berseleranya mak tok & abah payish mamam :)

Yeaa!!!Ayish dpt pengorek pasir ;)

Tekun Memandu

Menuju ke destinasi

Besarnya Bola Ayish..uittt byk nye brg2..

Tak sabar nak terjun laut neh..

Bekalan Kami :)

Me & Mama

Berendam Time!!!

Peluang yg dah lama di nanti..Yea!!!Mama bg main pasir!!!!

Panas Terik!
Lepas mandi...santai...

Shopping Time!!!!

Lepak makan...lupa lak amik pic menu yg kami order...
Oh ya...ada la...hehehe Pic Mamapayish & Teh aisnye ;)
 Sekian pengakhiran sambutan 1/1/2011 kami ;)

Tengok Wayang :) KHURAFAT : ARAHAN: SHAMSUL YUSOF

Salam semua :)
Sepatutnya hari Sabtu mama buka kedai, tapi semalam ada urusan penghantaran brg pelanggan, jdnya mama tak buka kedai. Jumaat lepas stok pyjamas & t-shirt sampai, jd akak busy mengasingkan stok pelanggan. Mmg tak ada plan nak buka kedai, nak setelkan kije yg melambak2 huhuhu~
Pastu tengah serabut2 tu abah payish ajak tengok wayang..agaknya cian tgk bini dia yg berserabai dgn kije...

Tengah bersiap tu tetiba dapat col, ada customer dah ada depan kedai mama. Tak sampai hati pula, jd mama buka jugak kedai. Nak jadi rezeki, ada sorang lagi customer pun mmg menunggu depan kedai. Selang 15min sampai lagi sorang customer..Alhamdulilah, rezeki jangan di tolak. Abah payish dah tercegat kat luar, sbb dah janji nak tgk wayang berdua. Payish tak ada, ikut bbsitter gie jalan2.
Dekat 2 jam dia menunggu mama..serba salah juga mama..cuma sbb 2 org customer tu 1st time nak ber CD, jd mama kena bg penerangan yg lebih detail.

Muncung abah payish mcm bole ikat :p
hik3..pastu umpan la ayat..."duit untung td bole la belanja mamam & tgk wayang!"
sepi...dia menolak...
tak sampai 3min...dia berdehem & hehehe nak dibelanja la tu :p
Jd dah jd terbalik...jatuh mama lak kena belanja sbb kes lambat td hik3
Kami menuju ke Selayang Mall :)

Okey..berbalik pd citer yg kami tgk..citer KHURAFAT..arahan Shamsul Yusof..utk pengetahuan anda, Mr Hbby mmg suka tgk citer2 omputeh je..kalau citer melayu ni, mama la peminat setia hehehe
Tp bila tgk citer ni dia bg komen yg positif...Plot cerita yg kuat, suspen, seram & mmg best. Ending juga bagus :)
Ni Sinopsis citer yg mama cari dgn bantuan Mr Google :)

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama
Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.
Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Nota Mama: Mama banyak pekup muka bila tengok, siap cakap nak balik lagi huhuhu~
Asyik cakap Johan ni bodo sbb angkut mayat dalam hutan..tp bila tengok ending baru jelas segalanya..masa tengok mula2 menyampah je sbb rasa mcm Johan nak tunjuk HERO je berani dgn benda2 ghaib..tp bila tgk kesudahannya..baru la mama paham :)
Jadinya, apa lagi..meh la pakat2 tengok. Rasanya mmg tak rugi masa tengok citer ni. 4 Stars dr mama ;)

P/S: Abah Payish, bila nak bawa mama nengok wayang lagi ;) Harap pas ni abah lak yg belanja mama hehehe


Saturday, January 8, 2011

Hadiah Utk Reseller :)

Salam Semua :)
Sebagai tanda ingatan buat RESELLER mama yg aktif,
mama belikan 10 set Mini Photo Album utk mereka :)





Tengok, rajinkan saya, tlg mama susunkan Album ni ;)

Oh..yg ini utk Ayish..Mickey Merah :)
Ayish nak letak picture Ayish kat sini ;)

Selamat Datang Thn 2011

Salam.
Tahun 2010 telah berakhir, muncul pula 2011, yang awalannya, pengakhirannya, tdk dapat mama ketahui ceritanya, hanya Allah yg Maha Berkuasa sahaja yg maha Mengetahui. 2010 berlalu dengan pelbagai peristiwa, kejutan, kegembiraan, kedukaan & pelbagai lagi.

Thn 2010 adalah tahun yang tidak akan mama lupakan. Tahun yang membuka ruang untuk mama membina perniagaan sendiri, meletak jawatan makan gaji, memulakan satu lembaran baru dalam kehidupan.

Thn 2010, tahun permulaan kegemilangan dalam kehidupan.
Semoga tahun ini lebih diberkati & dipermudahkan laluan.

Puas mama memikirkan apa azam thn ni..tp tak dapat nak list kan..tak tahu kenapa. Jika diikutkan byk perkara mama nak lakukan tahun ini. Apa yg pasti, mama nak pastikan thn ini biz Cloth Diaper semakin maju. Matlamat lain lebih byk bersifat peribadi. Mama dah catat lebih kurang dalam buku khas prudential..buku ni mmg mama gunakan utk menulis azam setiap thn.

Walaubagaimanapun, apa yg penting ialah kita niatkan sesuatu yg baik. Azam & Matlamat kita biarlah sesuatu yg kita niat utk lakukan bersungguh2, bkn hanya di atas kertas.
Mama doakan kwn2 juga berjaya & murah rezeki thn ini. Sama2 berdoa :)
AMIN