Selamat Datang Thn 2011



Salam.
Tahun 2010 telah berakhir, muncul pula 2011, yang awalannya, pengakhirannya, tdk dapat mama ketahui ceritanya, hanya Allah yg Maha Berkuasa sahaja yg maha Mengetahui. 2010 berlalu dengan pelbagai peristiwa, kejutan, kegembiraan, kedukaan & pelbagai lagi.

Thn 2010 adalah tahun yang tidak akan mama lupakan. Tahun yang membuka ruang untuk mama membina perniagaan sendiri, meletak jawatan makan gaji, memulakan satu lembaran baru dalam kehidupan.

Thn 2010, tahun permulaan kegemilangan dalam kehidupan.
Semoga tahun ini lebih diberkati & dipermudahkan laluan.

Puas mama memikirkan apa azam thn ni..tp tak dapat nak list kan..tak tahu kenapa. Jika diikutkan byk perkara mama nak lakukan tahun ini. Apa yg pasti, mama nak pastikan thn ini biz Cloth Diaper semakin maju. Matlamat lain lebih byk bersifat peribadi. Mama dah catat lebih kurang dalam buku khas prudential..buku ni mmg mama gunakan utk menulis azam setiap thn.

Walaubagaimanapun, apa yg penting ialah kita niatkan sesuatu yg baik. Azam & Matlamat kita biarlah sesuatu yg kita niat utk lakukan bersungguh2, bkn hanya di atas kertas.
Mama doakan kwn2 juga berjaya & murah rezeki thn ini. Sama2 berdoa :)
AMIN

Post a Comment

0 Comments