LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, January 16, 2011

Tengok Wayang :) KHURAFAT : ARAHAN: SHAMSUL YUSOF

Salam semua :)
Sepatutnya hari Sabtu mama buka kedai, tapi semalam ada urusan penghantaran brg pelanggan, jdnya mama tak buka kedai. Jumaat lepas stok pyjamas & t-shirt sampai, jd akak busy mengasingkan stok pelanggan. Mmg tak ada plan nak buka kedai, nak setelkan kije yg melambak2 huhuhu~
Pastu tengah serabut2 tu abah payish ajak tengok wayang..agaknya cian tgk bini dia yg berserabai dgn kije...

Tengah bersiap tu tetiba dapat col, ada customer dah ada depan kedai mama. Tak sampai hati pula, jd mama buka jugak kedai. Nak jadi rezeki, ada sorang lagi customer pun mmg menunggu depan kedai. Selang 15min sampai lagi sorang customer..Alhamdulilah, rezeki jangan di tolak. Abah payish dah tercegat kat luar, sbb dah janji nak tgk wayang berdua. Payish tak ada, ikut bbsitter gie jalan2.
Dekat 2 jam dia menunggu mama..serba salah juga mama..cuma sbb 2 org customer tu 1st time nak ber CD, jd mama kena bg penerangan yg lebih detail.

Muncung abah payish mcm bole ikat :p
hik3..pastu umpan la ayat..."duit untung td bole la belanja mamam & tgk wayang!"
sepi...dia menolak...
tak sampai 3min...dia berdehem & hehehe nak dibelanja la tu :p
Jd dah jd terbalik...jatuh mama lak kena belanja sbb kes lambat td hik3
Kami menuju ke Selayang Mall :)

Okey..berbalik pd citer yg kami tgk..citer KHURAFAT..arahan Shamsul Yusof..utk pengetahuan anda, Mr Hbby mmg suka tgk citer2 omputeh je..kalau citer melayu ni, mama la peminat setia hehehe
Tp bila tgk citer ni dia bg komen yg positif...Plot cerita yg kuat, suspen, seram & mmg best. Ending juga bagus :)
Ni Sinopsis citer yg mama cari dgn bantuan Mr Google :)

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama
Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.
Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Nota Mama: Mama banyak pekup muka bila tengok, siap cakap nak balik lagi huhuhu~
Asyik cakap Johan ni bodo sbb angkut mayat dalam hutan..tp bila tengok ending baru jelas segalanya..masa tengok mula2 menyampah je sbb rasa mcm Johan nak tunjuk HERO je berani dgn benda2 ghaib..tp bila tgk kesudahannya..baru la mama paham :)
Jadinya, apa lagi..meh la pakat2 tengok. Rasanya mmg tak rugi masa tengok citer ni. 4 Stars dr mama ;)

P/S: Abah Payish, bila nak bawa mama nengok wayang lagi ;) Harap pas ni abah lak yg belanja mama hehehe


2 comments:

tenangsudey said...

best gak cite nih.. tadi baru je tengok... heheheh yang lawak ade dak laki kat belakang jerit lagi kuat.. hehehe






Jom Tengok Kisah Filem Khurafat, Awek dan Teman Lelakinya

Linda a.k.a Mamapayish said...

tenangsudey:salam pkenalan :)
hehehe bkn pp je penakut..kdg2 lelaki lebih dr pp hik3