ALHAMDULILAH

Salam Semua..walaupun hari ini Sabtu, bole lajak tido, tapi tak dapat lelap mata. Lepas subuh tadi, terus on Lap Top. Alhamdulilah, niat utk salurkan keuntungan DyanaMP 1st batch dah tertunai. Semoga semua yg terlibat mendapat keberkatan. AMIN

Hari ini ada juga buat blogwalking blog kengkawan. Ada follow blog seorg customer yang penah beli cd di Mp Shoppe. Beliau buat biz Cat di bandar Temerloh. Bila baca catatan dia, rasa bersemangat utk teruskan biz neh. Dugaan yg pelbagai melanda. Mama paham benar rasanya bila perkara sebegitu terjadi. Tapi bila dipikirkan bila lagi nak ambil jalan yg berduri jika ganjarannya berbaloi.

Sangat berbeza makan gaji & bekerja sendiri. Masa yg lebif fleksibal & kita berkerja utk poket kita sendiri. Jadi, motivasi diri tu sangat tiggi. Pulangan berniaga 4-5 kali ganda dari gaji mama dulu. Walaupun kerja di tempat lama gajinya ciput, tp bila dihitung2 dgn ilmu yg mama dapat, kiranya benda tu jadi 0-0. Di tempat kerja dlu, tiada tekanan kerja melampau, itu sbb mama lama bekerja di sana.

Alhamdulilah, semua berjalan lancar sekarang. Cuma kadangkala agak penat kerana menguruskan kedai seorang diri. Belum dapat pembantu. Susah nak cari pembantu yg boleh dipercayai. Setakat ni masih bole uruskan sendiri, jadi mama buat mana yg patut dlu. Kalau nak cari pembantu pun mungkin utk urusan pembersihan kedai, seminggu sekali.

Paling best kalau reseller dtg kedai, ada juga teman berborak, cuma kalau diorg dtg kul 4 ke atas mmg mama free tp kalau sblm kul 4, agak terbatas masa skit sbb busy dgn packing brg2. Bila buat offline ni mcm2 org dah jumpa :) Seronok dapat tambah kenalan dr pelbagai latar belakang. Ada juga yg dr Kelantan, Melaka, Penang, Pahang dan merata negeri yg singgah ke kedai mama. Sambil ada tugasan lain di KL, mereka meluangkan masa menjengah kedai mama :) TQ uols

Okey, nanti free mama sambung lagi...nak mengemas rumah :)
Salam




Post a Comment

0 Comments