LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 11, 2009

Saya OK






Salam semua,ni baru bangun dr tido..arini free tak der nak pek barang, cmua barang untuk COD sekitar sg buloh..lepas kul 5 ptg...
So far semua dah kembali pulih tmasuk semangat mamapayish ni..sblm ni agak gusar tp alhamdulilah berkat petunjuk ilahi skrg lebih tenang..syukur..
Sebagai selangkah ke depan tdk menoleh ke belakang, mamapayish membuat pengumuman penjualan CD baru di mamapayishonlineshop. Ini sbg langkah jangka panjang di mana mama mahu menambahkan lagi pilihan kpd pengguna. CD yg mama jual sebelum ini hanya sesuai utk bb sekitar 3kg-13kg sahaja & dgn adanya CD baru ia ia muat utk bb dr 3kg-18kg!
Antara lain, mama yakin, CD ini akan mempunyai kawalan harga yg agak baik krn ia tertakluk kpd harga standard penjualan di mana rakan niaga tdk dibenarkan menjual kurang dr harga yg ditetapkan pihak pengeluar. Bila mama ber YM dgn pengeluar jenama tsbt, mama terbuka hati utk membuat sistem barter dgn beliau di mana pihak kami masing2 bertukar2 CD yg dijual utk review performance.

Setelah menggunakan 3 kali barulah mama membuat keputusan utk join sbg rakan niaga. Melihatkan pd prestasinya & juga keikhlasan pihak pengeluar jenama, maka mama dgn hati yg gembira menyatakan persetujuan utk melibatkan diri dgn jenama ini.

Berkenaan dgn kerja mama skrg, kerap menjalankan marketing ke bank sekitar daerah petaling. Walaubagaimanapun, dalam mggu ini, akan aktif utk marketing sekitar KL juga. Setakat ini, beberapa cawangan Maybank telah mula memberi kes kpd kami...syukur alhamdulilah..sekurang2 nya berbaloi usaha kami. (mama & valuers di cawangan termasuk manager kami).
Branch Manager kami pun tdk putus memberi semangat..al-maklum tdk semua memberi kerjasama semana kami menjalankan marketing...bebrapa mggu yg lepas mama bpeluang utk menjalankan lawat periksa sebuah rumah teres 2 tingkat yg hendak di beli oleh seorang DJ yg terkenal...sebelum ini pun ada value beberapa properties kepunyaan artis2 m'sia..aiseh ni bkn utk apa2 tujuan cuma rasa teruja krn ble tahu serba sedikit mengenai mereka melalui kerjasama sebegini, bole tahu how humble they are walau bergelar artis :-)
Bkenaan My payish...spt biasa makin aktif & rasa thibur dgn keletah manjanya..al-maklum 2 thn lebih kami kesunyian krn tiada cahaya mata, syukur tuhan mengurniakan rezeki buat kami..Payish anugerah yg tdk terhingga dr ilahi utk kami. Bln ni genap setahun umur payish ..terbayang suasana berpantang di rumah ibu..rasa rindu pd mereka..kebetulan tahun lepas, sewaktu bpantang, cuti sekolah..semua adik beradik ada tmasuk adik mama yg bekerja sbg guru...di tatang bagaikan permaisuri...ada dayang2 utk membantu siang & malam :-)

Ya!Allah...kuatkan la semangatku dalam menempuh dugaan krn kdg2 nampak kuat di luar kdg2 goyah guna hati di dalam...hanya keimanan pd mu yg menguatkan daku melalui liku2 kehidupan ini.....

Actually 31/10-1/11 haritu mama gie berehat badan di Bidara Puteri Resort, Melaka..tido sana semalam sahaja..tp suasana di sana kurang mengembirakan..mgkn sbb bkn cuti sekolah..bila naik ke tingkat 8 bangunan itu, hanya 2 pintu yg ada penghuni (tmasuk bilik mama). Aiseh...nak kuar malam pun tak berani..malam tu payish tak mahu tido, kebetulan dia cirit-birit, tp si payish ni sejak lepas berpantang dlu, merata bawa berjalan ke kelantan, perlis, tido hotel tido chalet, resort tp tak penah meragam..tp malam tu dia tak mahu tido, nak berkepit je..nangis pun tutup mata..aiseh bila jadi gtu mama cakap kat abah, jom balik KL (masa tu kul 3 pagi). Hish...ada plak pagi2 buta ni nak balik, ngarut la mama (abah payish mengomel)....alhamdulilah, kul 4 pg camtu payish akhirnya tido....

Satu hari tu mama tgk citer TOWER 13..aiseh mama cakap kat abah..mcm penah tgk je tmpt ni mcm sama je yek..abah diam...pastu menyahut..ye la da...sama la, dia shooting kat cni..aiseh!patut la kan...he3....

Bayar RM180 semalam tp suasana & keadaan bangunan kurang memuaskan..balik dr sana, mama jmpa beberapa laman web yg memperkatakan tentang resort tsbt..betul la...pertamanya, keadaan pintu bilik resort yg tdk menyakinkan dr segi tahap keselamatan, kedua, banyak taik burung di sepanjang floor, ketiga dr segi view mmg bagus, semua menghadap ke laut, cuma belakang resort ada hutan...agak menyeramkan & ada baca satu blog dia kata mcm ada kubur kat belakang resort (allahualam)...mama dah lalui & rasanya takkan suggest pd kwn2 utk bercuti..:-P

Ok la..mama nak sambung tido..malam ni payish tak berjaga pula..nyenyak tido..banyak main di umah bbsitter kot.


2 comments:

Sitisifir10 said...

MamaPayish...semoga diberi kelapangan hati oleh Allah ya... mcmnilah kehidupan ada pasang ada surutnya... Itu akan membawa kita lebih dekat kepada penciptaNya

Linda said...

Amin..semOga kita semua sentiada di bawah lindungan yg Esa... TQ Pija