LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 23, 2010

PAYISH TERLENTOK KAT KERUSI BOSS :-P




Salam semua...syahdu mama layan gambo payish ni ha...Hari Isnin-Jumaat, Payish akan duk rumah babysitter dr jam 11.00pagi ~ 7 malam. Sebelum tu mama penah bawa dia ke kedai pada waktu biasa tapi tak sanggup tengok dia macam boring je kat kedai sbb kedai mama tu kecik, tak ada tempat nak main. Di tambah pula dia sangat rajin menolong Mama & Mak Lang dia mengemas adussss tak menang tangan, mana nak packing barang lagi. Jadi mama decide antar dia umah babysitter & bayar kakak tu gaji hari. Kalau ada hantar, baru bayar, selalunya Kakak tu datang ambil kat rumah. Payish dah mcm anak angkat dia dah, rapat. Dia jaga dr umur Payish 40 hari. Bila time babysitter ambil dia tak meragam/menangis sbb dah tahu masa dia dengan mama & bbsitter :)

Al-kisah, hari sabtu & ahad, bbsitter payish meniaga roti canai, jadi memang kena bawak dia ke kedai. Hari sabtu paling sibuk sebab ari cuti Reseller & Customer datang ambil stok. Kesian tengok gelagat dia ~ berlari sana sini. Kalau ada customer datang bawa anak, dia akan tengok dulu dr jauh, kalau agak2 bole geng, baru dia join, mmg perangai mcm tu. Payish jenis aktif, jadi jika anak customer tu jenis aktif dari dia, automatik Payish jadi mcm pasif hahahaha tu yg tak tahan tengok gelagat dia.

Bila dia dah ala2 mengantok, Mak Lang dia akan bukakan citer Upin & Ipin/ Mr Bean/Bola kampung ~ 3 cerita ni je yg akan buat dia terpaku depan lap top. Kadang2 bangun tido je dah cari pendrive siap cucuk tepi lap top sambil sebut Bua Bua (BALL) hahahaha.

Bayangkan citer GENG (UPIN IPIN) dia tengok ulang2  sampai 3x pun masih ok lagi sampai abah dia terpaksa tutup sbb lap top dah panas!

Gambo kat atas tu di ambil oleh Mak Lang masa Payish tengok citer Mr Bean. Dia pinjam kerusi sandar mama dia tu! hahahaha sampai aku tak jadi kerja..tapi kesian punya pasal bagi la dia santai kat situ sampai terlena...

---------------------------------------
P/S: MAMA MOHON MAAF PADA RESELLER NEGERI HANG TUAH, PUAN L ATAS SALAH FAHAM YANG TIMBUL. KADANG2 BILA KITA ADA MASALAH LAIN TEBAWA2 ATAS URUSAN KERJA. MOHON MAAF DR HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI :(

3 comments:

Sitisifir10 said...

Ololololo....ciannya geng Arwa..ni mcm serupa dengan Arwa je nih..

Linda said...

hehehe itu la..keletihan tu sbb berlari2 anak dalam kedai hahaha

Linda said...
This comment has been removed by the author.