HIKING BUKIT GASING, PETALING JAYA, SELANGOR

Nama Bukit : Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor

Tarikh : 14/11/2018

Kami 4 beradik dari #hikersfamily berpakat untuk mendaki Bukit Gasing. Acik sebagai ketua (lantik diri sendiri haha) mula mencari info dari google dan fb. Starting point di kawasan perumahan Seksyen 5, Jalan Tanjong 5/4. Kami parking tidak jauh dari sana. Anda boleh google maps Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

 

Kami memulakan pendakian dengan misi mencari pencawang. Kami mendaki laluan tangga kayu yang agak mencanak. Oleh kerana bukit ni banyak cabang laluan, kami tiba-tiba sampai ke titi gantung kayu. Sepanjang pendakian kami menegur beberapa pendaki dan mereka cuba menunjukkan arah.  



Kami agak keliru dengan beberapa simpang di sini. Akhirnya tembus di kawasan anak sungai. Berhenti rehat seketika, makan dan berborak kosong. Muka masing-masing dah penat tapi selagi misi belum selesai, kami kena teruskan juga.

 

Kami menyambung pendakian. Jumpa kawan baru Acap dan Yatie. Mereka juga tidak pasti trek di sini. Redah katanya. Kalau tak kisah sesat, boleh cuba ikut hahaha. Kami pun follow mereka berdua. Padu sungguh depa ni, tak terkejar kami hihi. Bila nampak kami dah jauh, mereka berhenti tunggu dan berkumpul.

Akhirnya nak jadi rezeki, kami jumpa laluan kuil. Di belakang kuil inilah pencawang berkenaan. Acik tak dapat nak bagi gambaran arah. Kami masih baru mendaki ketika itu dan main redah. View sebelum kuil sangat cantik. Jelas kelihatan bangunan pencakar langit.

 





Adik yang bongsu paling gembira. Dia paling beria nak cari pencawang tu 😂. Kami bergambar di puncak. Oh sebenarnya kami banyak berhenti untuk bergambar. Nasib baik Acap dan Yatie sporting melayan kami. 

Alhamdulilah misi di Bukit Gasing selesai. Kami tak bercadang nak repeat di sini. Cukuplah 4jam setengah kami berpusing-pusing, sampai naik pusing di buatnya haha. Kami hanya jumpa jambatan gantung dan pencawang sahaja. 



Bergambar dengan Yatie dan Acap. Terima kasih sudi layan karenah kami adik beradik. Jumpa lagi insyallah. 

#hiking #ilovehiking #bukitgasing #hikingselangor #sebuahpendakian  

 


Post a Comment

0 Comments