HIKING BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR

Nama Bukit : Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Ketinggian : 258m
Tarikh : 03/03/2019

Kami memulakan pendakian agak lewat, sekitar jam 4petang. Cuaca elok. Starting point jelas. Kami ambil arah ke kiri lorong yang biasa digunakan pendaki (rujuk gambar). Laluan kanan biasa digunakan bikers.


Gambar starting point. Kami parking kereta di kawasan Taman Persekutuan Bukit Kiara. Laluan seperti denai. Agak santai. Sesekali saja ada bahagian menaik. Banyak cabang. Kami ikut marking kertas putih yang di tabur di sepanjang laluan.

Mencanak. Macam biasa, walau mama yang selalu masuk hutan, tetaplah kena tinggal di belakang setiap kali hiking. Padu sungguh depa ni 😅

Waktu ni cuaca okay lagi. Sempat lah bergambar kenangan.




Belanja korang gambar serangga dan cendawan di hutan ni





Kami meneruskan pendakian hinggalah satu laluan, kami nampak kawasan berpagar. Pandang atas, laluan berbatu agak mencanak. Oleh kerana kami bawa anak-anak, kami sepakat untuk berpatah balik.

Sebaiknya mulakan pendakian di awal pagi. Waktu petang dengan cuaca yang tidak menentu agak berisiko. Tambah pula jika tersesat di laluan yang kita anggap mudah. Syukur kami terserempak dengan satu keluarga cina. Kami turun bersama dan pintas ke laluan tarmac.

Alhamdulilah kami puas hati kerana berjaya naik dan turun dengan selamat walaupun tidak berjaya sampai ke puncak. Keselamatan tetap keutamaan bila bawa anak-anak mendaki

Post a Comment

0 Comments