HIKING BUKIT LARUT @ MAXWELL HILL, TAIPING, PERAK

Nama Bukit : Bukit Larut, Taiping, Perak

Ketinggian : 1036m

Tarikh : 25/03/2018

Sudah lama penulis nak tunaikan hajat mendaki bukit di kampung halaman sendiri. Kata orang Taiping kan 😅. Kali pertama mendaki Bukit Larut ketika tingkatan 3, buat assignment mengenai hutan. Kali ni nekad ajak partner mendaki sekali. Kami naik jam 8pagi dan sampai ke puncak jam 11pagi.

Ada dua laluan. Hutan dan laluan bertar. Kami memilih laluan bertar dan sesekali masuk ke laluan hutan. Oleh kerana penulis tidak biasa dengan laluan bertar yang mencanak, balik tu habis sakit kuku hamba. Dengan ketinggian 1036M, jangan pandang rendah nama ‘bukit’ tu ye. Bukit bukan sebarang bukit hihi

Niat hati nak lajak ke Gunung Hijau. Tetapi dinasihatkan seorang pendaki agar datang kemudian. Katanya laluan tu banyak nyamuk hijau dan jarang di masuki pendaki. Jadi kami membatalkan niat kami yang tulus ikhlas tu haha

Maaf tidak banyak gambar dapat di kongsi memandangkan hp kami kehabisan bateri. Tumpang cas bateri di kedai makan sambil lepak minum. Menghirup udara segar di atas puncak. Malangnya bateri tak masuk hahaha.

Insyallah nak repeat ke Gunung Hijau.


Bergambar di puncak


Bergambar hilangkan pewai


Yeay! dah nak sampai puncak. Tapi sayangkan bateri hp dah nak habis haha
En suami bergambar di signboard Bukit Larut 😁

                                                    Layan view sebelum sampai puncak


Gambar terakhir di puncak Bukit Larut. Satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan :) 

#hiking #ilovehiking #hikingperak #bukitlarut #sebuahpendakian


Post a Comment

0 Comments