HIKING BUKIT DUA RINGGIT, RAWANG, SELANGOR

Nama Bukit : Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor

Ketinggian : 250m

Tarikh : 2017/18/19

Bukit Dua Ringgit merupakan bukit pertama penulis naiki bersama rakan. Bukit ni ada dua laluan. Laluan pertama kawasan berbatu. Kemudian melalui sedikit kawasan hutan dan akhirnya sampai ke puncak. Jika ada rezeki boleh ketemu awan karpet.

Laluan kedua harus memasuki kawasan hutan. Trek ni penulis pernah masuk sekali. Tidak digalakkan kerana ada kes pendaki sesat. Kami terserempak dengan anjing liar. Nasib baik tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Penulis cadangkan naik trek berbatu lebih selamat dan laluan pun jelas. Biasa ramai je yang naik hujung minggu. Beginner digalakkan naik trek ni.


Rezeki awan karpet

Bukit pertama acik daki, Dec 2017


Hiking bersama anak-anak. Ketika ni belum belikan kelengkapan hiking utk mereka

View dari kawasan batuan. Bahagian lapang dan agak panas.


Laluan hutan, tidak digalakkan melalui kawasan ini. Ada beberapa simpang, anda mungkin boleh sesat. Tambahan pula ni kawasan private property, lebih baik melalui kawasan berbatu.



Bergambar di beirut di puncak Bukit Dua Ringgit

 #hiking #ilovehiking #hikingselangor #bukitduaringgit #sebuahpendakian


Post a Comment

0 Comments