HIKING BUKIT LENTANG, BENTONG, PAHANG

Nama Bukit : Bukit Lentang, Bentong, Pahang
Ketinggian : 821M
Tarikh : 14/07/2019

Kami dari team Bukit Dua Ringgit bergabung dengan beberapa group dan individu merancang ke sini. Trek di kawasan ini agak samar. Sebaiknya pergi dengan guide yang arif dengan kawasan ini. Boleh hubungi guide Saudara Duha 018-9068249. Perjalanan naik ke puncak mengambil masa lebih kurang 3-4 jam bergantung pada pace peserta.



Gambar kawasan jerat cina. Starting point dari kawasan perkuburan cina. Pada mulanya kami sesat di situ memandangkan kawasan perkuburan ini agak luas.


Selepas membuat warming up, kami kemudiannya meneruskan pendakian. Trek agak mencabar dan mencanak. Kami terpaksa meredah pokok buloh yang telah reput. Kami juga terpaksa menggunakan tali untuk naik ke bahagian atas. Trek sebegini sangat bagus untuk training.

 



Di sepanjang pendakian, acik sempat merakamkan beberapa gambar flora di hutan ini. Buat tatapan rakan-rakan yang belum pernah sampai ke Bukit Lentang.







Ketika sampai di puncak, agak berkabus. Jadi kami sekadar menikmati pandangan yang ada di depan mata.




Alhamdulilah, misi berjalan dengan baik. Semua peserta naik dan turun dengan selamat. 


Post a Comment

0 Comments