HIKING GUNUNG GAP - ULU TRANUM - ULU SEMANGKOK, FRASER HILL, PAHANG

Nama Gunung : Gunung Gap - Ulu Tranum -Ulu Semangkok

Tarikh : 22/09/2018

Gunung Gap dan Ulu Semangkuk dikenali sebagai "GUS" terletak di Fraser Hill, Pahang. Trip ni di atur oleh Sondol Hikers. Trip percuma. Terima kasih banyak pada En Nik, guide kami naik ke sini

Starting point berdekatan dengan GAP Rest House yang dah terbiar kosong sebelum simpang nak naik ke Fraser Hill.

Awal-awal trekking agak pacak. Sesekali ada jugak jumpa trek landai. Seingat acik, kami mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai ke gunung gap. Trek ke Ulu Semangkuk agak jauh sikit dan boleh dikatakan sentiasa pacak.


Bergambar di signboard Gunung Gap. Fuhh, kat sini pun dah mula rasa pewai haha



Bergambar dengan anak Nik, bukan main padu. Berdesup hilang haha


Menyaksikan pemandangan di Gunung Ulu Tranum



Trek berakar. Acik suka trek begini. Jadi layan sajalah

Oleh kerana pace penulis agak slow, jadi tidak terasa penat sangat. Pit stop di puncak Ulu Tranum. Dari sini boleh nampak view gunung ganang. Cantik untuk bergambar.

Kami mengambil masa hampir dua jam sebelum sampai ke gunung Ullu Semangkuk. Sampai sahaja kawasan beirut, masing-masing dah mula berehat dan makan. Penulis dah tak sabar nak layan view dan bergambar. Cuaca pun elok dan cerah.



Lukisan alam. Cantik kan?

Bergambar di dahan kayu. Dapat info kayu ni dah di potong. Tujuan keselamatan mungkin.


Inilah team kami yang mendaki. Alhamduliah misi berjaya. Dalam hati menyumpah. Penipu betul member yang cakap gunung ni santai. Bergegar lutut acik. Nasib baik view superb! tak jadi nak marah haha

#hiking #ilovehiking #gununggap #gununggus #gunungulutranum #gunungulusemangkok #sebuahpendakian

Post a Comment

0 Comments